Allah Selamatkan ‘Ulwan

'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi
'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi

Hari ini 23 April 2009 jam 5 petang, Ahmed ‘Ulwan genap usianya 4 tahun. Hari yang dinanti-nantikannya sejak 2 hari yang lalu meskipun konsep masa itu sendiri masih belum difahaminya.

Dia lahir sebagai bayi pramatang, 31 minggu. Tanpa disangka dan dijangka dia menjengah dunia lebih awal dari waktunya. Itulah ketentuan Allah yang hanya akan kita ketahui keindahan dan kesempurnaan perjalanannya apabila kita menoleh dan meneliti kembali ke belakang.

Dia istimewa sebagaimana juga abang dan adiknya. Penyejuk hati pengubat jiwa nan lara. Kata-katanya lancar, berbisa dan seringkali menjadi bahan ketawa. Pendekatan psikologinya strategis sekali dan seringkali menjerat ummi dan abi. Namun, giginya kini tiada lagi..  🙂 Kasihan gigi..

Manipulasi kebijaksanaan akalmu sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada serangan pemikiran yang menyesatkan.

Hiasi peribadimu dengan akhlak Islam sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada kebejatan moral yang tiada kesudahan.

Doakan ummi dan abi supaya bertqwa sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada neraka yang menggila.

Ya Allah, selamatkan Ahmed ‘Ulwan.

Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan
Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan