Allah Selamatkan ‘Ulwan

'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi
'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi

Hari ini 23 April 2009 jam 5 petang, Ahmed ‘Ulwan genap usianya 4 tahun. Hari yang dinanti-nantikannya sejak 2 hari yang lalu meskipun konsep masa itu sendiri masih belum difahaminya.

Dia lahir sebagai bayi pramatang, 31 minggu. Tanpa disangka dan dijangka dia menjengah dunia lebih awal dari waktunya. Itulah ketentuan Allah yang hanya akan kita ketahui keindahan dan kesempurnaan perjalanannya apabila kita menoleh dan meneliti kembali ke belakang.

Dia istimewa sebagaimana juga abang dan adiknya. Penyejuk hati pengubat jiwa nan lara. Kata-katanya lancar, berbisa dan seringkali menjadi bahan ketawa. Pendekatan psikologinya strategis sekali dan seringkali menjerat ummi dan abi. Namun, giginya kini tiada lagi.. 🙂 Kasihan gigi..

Manipulasi kebijaksanaan akalmu sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada serangan pemikiran yang menyesatkan.

Hiasi peribadimu dengan akhlak Islam sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada kebejatan moral yang tiada kesudahan.

Doakan ummi dan abi supaya bertqwa sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada neraka yang menggila.

Ya Allah, selamatkan Ahmed ‘Ulwan.

Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan
Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan

2 thoughts on “Allah Selamatkan ‘Ulwan

  1. salam..una dan keluarga…moga sihat2 selalu… naim sini…br dpt alamat blog una dr k.bi..besar dah anak2…hp una nombor lama ker?

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s