Paha Lelaki Bukan Aurat?

katun1

Apabila bercakap tentang dalil naqli had aurat wanita, mudah saja untuk kita mengetahui dan mencarinya. Namun, apabila berbicara tentang dalil naqli bagi aurat lelaki, sukar untuk kita menjawabnya.

Para ulama’ bersepakat bahawa qubu dan dubur merupakan aurat mughallazah yang wajib ditutup. Namun, mereka berbeza pendapat tentang hukum paha sama ada ia juga wajib ditutup.

1. Imam Hanafi dan Imam Syafie berpendapat aurat lelaki antara pusat dan lutut. Dalilnya;

“Dari Ali r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan engkau dedahkan pahamu, dan janganlah kamu melihat kepada paha orang yang hidup atau mati.”

                                                                                                            -Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud-

“Dari Jarhad al-Aslamiy berkata, Rasulullah s.a.w datang dan kainku ketika itu terselak dan terbukalah pahaku. Baginda bersabda:”Tutup pahamu, sesungguhnya paha itu aurat”.

                                                                                      -Riwayat Imam Malik, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi-

Terdapat juga beberapa dalil hadith yang lain, namun kesemua hadith ini mempunyai taraf kesahihan hadith yang lebih rendah berbanding hadith yang mengatakan bahawa paha bukannya aurat.

2. Imam Maliki dan Imam AHmad Ibn Hanbal berpendapat bahawa aurat lelaki hanyalah qubul dan duburnya sahaja, manakala paha bukanlah aurat. Dalil mereka;

“Dari Anas sesungguhnya Nabi s.a.w pada peperangan Khaibar terkoyak kain pada pahanya sehingga aku terlihat kepada keputihan pahanya”.

                                                                                                                                             -Riwayat Bukhari dan Ahmad-

Nah, sekarang bagaimana? Bertentangan bukan? Bolehlah kita sewenangnya pakai ‘short’ selepas ini..

Perlu diingat bahawa apabila berlaku pertentangan antara dua dalil, maka pemurniaan dan penggabungan harus dilakukan. Dan itulah yang dilakukan oleh para ulama salaf dalam berkomunikasi dengan sunnah nabawiyyah. Jalan tengah harus dicari kerana mustahil kebenaran bertentangan dengan kebenaran!

Sekarang, lihat pendapat mereka para ulama’ muktabar;

1. Imam Bukhari berpendapat sekalipun hadith Jarhad adalah hadith mu’allaq namun ia lebih sempurna bagi penutupan aurat yang berkaitan dengan masyarakat.

2. Imam al-Syaukani lebih cenderung kepada hadith Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, walaupun hadith Anas kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan pemberitahuan kepada keadaan Nabi s.a.w dan khusus kepada baginda sahaja serta tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara menyeluruh dan umum.

3. Ibn Qayyim berpendapat bahawa paha adalah aurat mukhaffafah (ringan). Walau bagaimanapun ia turut dianggap aurat dan wajib ditutup juga.

4. Imam al-Qurtubi pula menyatakan bahawa paha wajib ditutup kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang terdesak seperti dalam peperangan. Beliau berpendapat bahawa hadith dalam bentuk perkataan lebih jelas dan lebih utama daripada hadith dalam bentuk perbuatan.

Kesimpulannya, paha adalah aurat dan wajib ditutup dan pastinya kesempurnaan penutupan hanya berlaku apabila seluar yang dipakai sehingga ke paras lutut. Kaedah fikh menyatakan ‘ma la yatimmulwajib illa bihi fahuwa wajib’. Maksudnya, perkara yang tidak dapat menyempurnakan sesuatu kewajipan kecuali dengan kehadirannya maka ia adalah wajib.

Justeru, hijabkan pahamu wahai lelaki..

(Sumber utama: Nail al-Authar oleh Imam al-Syaukani)

2 thoughts on “Paha Lelaki Bukan Aurat?

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    saya harap saya tak salah orang.
    tuan punya blog ni ustaz Azhan ke?

    please reach me back at encikfaza@yahoo.com supaya kita boleh keep in touch ok. tak main la chatting-chatting, kita main utus surat digital style old-school punya hahah.

    yang terpadu,
    Faza Jamain
    Dunedin, New Zealand.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s