Belajar dari Sang Semut

I’ll be on holiday, tomorrow!!

Di mana-mana saja kita dapat melihat wujudnya makhluk Allah ini iaitu semut. Di dalam rumah, di luar rumah, di hutan, di padang pasir hatta di dalam kereta juga mungkin kadangkala dia berada di situ. Sama seperti lebah (al-nahl) dan labah-labah (al-‘ankabut), semut  (al-naml) juga adalah spesis serangga yang Allah Taala berikan keistimewaan sehingga disebut sebagai salah satu nama-nama surah di dalam al-Quran.

Kenapa mereka begitu istimewa?

Sesungguhnya tiada yang sia-sia segala apa yang dinyatakan di dalam al-Quran oleh Rabbul Jalil. Ikon-ikon serangga ini adalah bertujuan agar kita mengambil pelajaran daripada sifat khuluqiyah yang Allah berikan kepada mereka. Belajar dari mereka yang jauh lebih kecil saiznya dan jauh lebih rendah tarafnya daripada kita manusia.

Dinyatakan di dalam surah al-Naml ayat 18-19;

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

Secara lebih khusus, sang semut mengajar kita agar taat dan patuh kepada ketua apabila ketua tadi memberikan arahan yang baik demi kemaslahatan semua. Disiplin diri sebagai semut pekerja adalah sangat tinggi semata-mata untuk menghasilkan sebuah tempat berlindung yang sempurna dengan bekalan makanan yang mencukupi. Sebagai manusia yang bekerja seharusnya kita berdisiplin. Tanpa disiplin, amanah akan terabai, kepercayaan majikan akan hilang dan akan datanglah pelbagai dugaan dan ujian yang menimpa yang berpunca daripada sikap kita sendiri.

Sebagai serangga yang hidup berkelompok di dalam tanah, hasil kerja mereka sangat mengagumkan sekali. Begitu kukuh. Jika tidak masakan mereka boleh berlindung di bawahnya daripada dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman yang terdiri dari manusia, jin dan burung itu. Pasaknya ada pada ketelitian kerja yang dihasilkan.

Sebagai seorang pekerja, kita harus ada senarai kerja yang jelas setiap sesuatu tempoh yang ditetapkan. APabila ada senarai, terhindarlah daripada mengisi masa kerja dengan perkara yang tidak penting. Sebagai contoh, melayari internet tanpa had, bersembang kosong dan sebagainya.

Selain itu makhluk Allah ini juga mengajar kita agar memenuhi keperluan hidup kita dengan sentiasa berusaha dan dalam masa yang sama cakna dengan suasana masyarakat sekeliling dan saling bertolongan. Niatkan usaha ini kerana Allah, segalanya menjadi ibadah yang tidak ternilai harganya.

AKhirnya, dalam ayat ke 19 seolah-olah ditujukan kepada ketua, pemimpin masyarakat, majikan syarikat dan yang sama taraf dengannya agar sentiasa bersyukur apabila diberi nikmat oleh Allah orang-orang bawahan yang setia dan bertanggungjawab. Nikmat itu bukan untuk dimanipulasi demi kepentingan diri, tetapi diserahkan semula kepada Allah dengan kesyukuran yang berpanjangan dan berterusan memberikan khidmat terbaik kepada para pekerja.

Sesungguhnya, sang semut yang kecil itu mengajar kita nilai yang sangat besar dalam kehidupan. Subhanallah… Peringatan khusus buat diriku.

Selamat Hari Pekerja buat permaisuri semut dan semut pekerja.😉

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s