Antara 2 Hulu

Saat post ini ditulis, semua anak-anak dan suamiku sudah melayari bahtera masing-masing ke alam mimpi. Saya gagahkan juga mata untuk menulis seringkas mungkin sebagai catatan peristiwa hari ini. Ya, hari ini adalah hari di mana berlangsungnya Pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI peringkat negeri Selangor yang bertempat di UNISEL Batang Berjuntai.

Anekdot 290509

 

 

 

SMIAAG
SMIAAG

27/05/09

 

“Ust. Aziz? ustaz nak buat apa nanti ustaz?” soal saya.

“Huh! tak sempat nak pikir…takpe nanti apa yang terlintas kita buat je la.” spontan Ustaz Aziz menuju ke bilik peperiksaan, barangkali untuk menjaga kelas peperiksaan.

Saya meminta Ustaz Aziz mengumpulkan semua guru-guru lelaki untuk persembahan guru pada Jumaat, 29 Mei nanti. Ketidakmampuan saya untuk mengumpulkan kesemua guru-guru lelaki ini menyebabkan saya  memlilh Ustaz Aziz mengambil tanggungjawab ini (ini kerana semua sibuk menanda kertas periksa masing-masing..aduh!). Continue reading

Muraqabah.

Tiba-tiba hari ini saya terpanggil untuk mengambil khazanah ilmu tulisan saya ketika di KISAS dahulu. Alhamdulillah, akhirnya buku itu saya ketemu jua akhirnya setelah bertahun-tahun mencarinya di stor rumah kakak saya. Hajat saya untuk menjadikan buku ini sebagai buku yang perlu disimpan untuk panduan masa hadapan ketika saya di sekolah dahulu tercapai. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit tanda keusangan, koyak dimakan masa namun masih boleh dianggap sebagai sebuah buku.

 

Khazanah ilmu..
Khazanah ilmu..

 

Di dalam buku saya ini terselit sebuah kertas kerja ringkas bertajuk Muraqabah yang dibentangkan ketika Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah Berasrama Penuh kali ke-17 (1996) 13 tahun yang lalu. Kertas ini dibentangkan oleh Ustaz Abdullah Hj Salleh, guru saya ketika di kolej dahulu. Mari kita kongsi bersama intipatinya.

Continue reading

Apabila Azan Subuh Tidak Berkumandang..

Setibanya tentera Islam di Khaibar, Nabi s.a.w mengarahkan agar sahabat-sahabatnya berhenti dan menunggu sehingga subuh. Teliti nian baginda Nabi s.a.w menunggu sehingga subuh menjelang hanya untuk memastikan bahawa sememangnya tiada seorang pun antara penduduk Yahudi Khaibar yang beriman. Baginda menunggu laungan azan Subuh. Sememangnya tiada kedengaran pun seruan itu.

Selepas muslimin menunaikan solat Subuh, seluruh pasukan berkuda pun memasuki Khaibar tanpa disedari oleh penduduk Yahudi di situ, melainkan oleh pekerja-pekerja yang di awal pagi lagi menuju ke ladang tamar mereka di Khaibar yang subur itu.

Continue reading

Self-Employed, Any Ideas?

Minggu ini dan minggu lepas, hari-hari saya diwarnai dengan keluar masuk hospital. Bukan dimasukkan ke dalam wad, hanya pesakit luar sahaja. Bermula dengan ujian darah Ahmed ‘Ulwan di Klinik Nabilah Tanjung Malim, membawa saya dan suami ke Sime Darby Medical Center (dahulunya SJMC) yang tidak pernah kami jejaki sebelum ini.

Alhamdulillah, setelah bertemu dengan pakar paedeatrik dan keputusan ujian darah, air kencing dan x-ray dilakukan tiada sesuatu perkara yang terlalu serius dengan Ahmed ‘Ulwan. Serius, bermakna penyakit berat maksud saya. Simptom demam yang dialaminya setiap bulan adalah disebabkan sistem imunisasi tubuhnya yang kurang untuk melawan jangkitan mengakibatkan peningkatan paras sel darah putih di dalam darahnya. Semasa ujian darah yang pertama, naik mendadak sehingga 20000/11000.

Continue reading

Suami Tunggak Tarbiyyah Keluarga

Begitu kuat sekali kesan peringatan itu kepada diri saya. Mungkin kerana ia lahir secara ikhlas dari jiwa suami tercinta.

Pagi Ahad yang lalu, suami saya telah memberikan satu tazkirah ringkas buat kami berdua.

“Jika kita lihat ayat-ayat di dalam al-Quran, kebanyakan kisah-kisah tarbiyyah adalah berlaku antara seorang ayah dan anak-anaknya. Sebanyak 12 daripada 13 kisah adalah tentang seorang ayah. Ini menunjukkan bahawa seorang ayah adalah pendidik utama kepada anak-anaknya, kemudian diikuti oleh ibunya,” jelas suami saya. “Apa 12 kisah tu bang?” Saya langsung bertanya dan kami pun bersama menyenaraikan kisah-kisah yang teringat ketika itu.

“Tak sampai 12 pun, takpe nanti check betul-betul”. Suami saya menyimpulkan ringkas.

Continue reading

Langkah Pertama Sebagai Kaki Bola

 

Tanggal 26 April 2009 yang lalu, Ahmed Fawwaz mewakili PASTI Al-Husna Hulu Bernam ke pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI daerah Hulu Bernam 2009. Pertandingan diadakan di IKBN Kuala Kubu Bharu. Kami sekeluarga seawal pagi lagi menghantar Fawwaz ke tempat pertandingan. Sebanyak 13 PASTI seluruh daerah Hulu Selangor menyertai pertandingan ini.

Meriah sungguh suasana dirasakan. Maklumlah, ibu bapa mana yang tidak teruja untuk melihat anaknya beraksi buat pertama kali dalam satu pertandingan secara rasmi. Begitu jugalah yang saya dan suami rasakan. Bagaimana si cilik ini beraksi ya?

Continue reading

MB sah…

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri. (sumber Berita Harian) Continue reading