Satu haribulan Mei

bukan hari untuk tidur
bukan hari untuk tidur

“Abi dah azan.” si kecil ‘Ulwan memberitahu.

Saya yang sedang mengadap komputer riba terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengingatkan.

Sebenarnya sedang sibuk menyiapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun, sampai tak tersedar  azan dah berkumandang.

“Ni zohor ke asar.” tanya ‘Ulwan.

“Sekarang Asar, tadi zohor ‘Ulwan tido…” jawab saya.

‘Ulwan tersenyum menampakkan giginya yang ‘lawa’, entahkan faham entahkan tidak.

1 Mei

1 Mei setiap tahun, Hari Pekerja.

“Eh! tak silap dulukan kita gunakan Hari Buruh..”

Ya, memang benar, dahulu kita menggunakan istilah buruh kerana ada sejarah disebalik 1 Mei ini.

Sebenarnya hari ini  juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, persekutuan persatuan pekerja dan buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.

Saya tidak berniat untuk menjelajah tentang sejarah 1 Mei. Yang pastinya ada banyak pengajaran dan teladan yang boleh diambil daripada tarikh itu.

Temubual

Saya sempat menonton segmen berita pada 1 Mei. Ada pandangan yang menarik minat saya untuk saya berkongsi.

“Pandangan saudara tentang hari ini (1 Mei).” tanya si wartawan.

“Hari ini adalah sangat bermakna kerana pekerja sangat penting kepada kemajuan negara. Ia ibarat akar kepada pokok, jika akar itu tidak kukuh masakan pokok itu dapat hidup subur.” jawab si responden.

“Fuh! mantap giler.” terkeluar ayat gila-gila saya.

Ya, benar pekerja adalah satu komponen yang amat penting dalam pembangunan negara tidak kira dia kakitangan sokongan atau tidak, semuanya berperanan.

Pekerja dan majikan saling melengkapi antara satu sama lain. Majikan tidak akan mendapat keuntungan jika pekerja tidak produktif.

Menagih kudrat setiap pekerja juga bukan sebarangan, untung sahaja yang tidak disusuli dengan kebajikan mungkin mengajak si pekerja berkenaan untuk ‘berhijrah’ ke bumi yang berlainan.

Ayuh! para majikan jangan tandus hati budi dek kerana untung dunia yang pasti habis nanti.

Menganggur

Isu ini sudah saya utarakan di dalam entri yang lalu bertajuk “masalah makroekonomi”. Sudah tidak menjadi keutamaan saya untuk mengulasnya lebih lanjut.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan ialah isu-isu sekitar pengangguran. Kalau dulu entri saya lebih kepada teori tapi kali ini ingin bersama untuk mendalami isu ini secara realiti.

Tajuk rancangan ‘Perspektif Kita’ malam 2hb Mei menarik perhatian saya iaitu ‘Pemberhentian pekerja’. Antara yang dijemput untuk memberi pandangan ialah Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan yang lain-lain seperasan saya ialah Ketua Pemuda UMNO Ampang.

Presiden MTUC ini, sekilas pandang jika tatapi zahir mukanya pasti banyak persepsi bakal dilontarkan. Bengis, keras, pemarah dan lain-lain. Sekadar persepsi..

Pada saya, Syed Shahir telah melontarkan pandangan yang sangat ‘cantik’ dan sudah tentunya ia menyentuh isu pemerintah iaitu kerajaan yang memimpin negara.

“Isu pengangguran jangan hanya dilihat kepada pekerja, perlu dilihat juga kepada peranan kerajaan kerana yang melaksanakan polisi ialah kerajaan. Kenapa pekerja sahaja yang perlu menanggung semua ini.”

“Kerajaan perlu melihat pengalaman-pengalaman negara lain… Korea, Thaiiland bahkan Singapura sendiri. Kenapa? Ini kerana mereka menggunakan segenap pelaburan demi memajukan negara mereka.”

“Malaysia tidak sedemikian, teknologi yang digunakan oleh negara-negara pelabur adalah teknologi yang tidak ‘updated’, maka pembangunan negara hanya sekitar teknologi yang daif tidak seperti Singapura umpamanya.”

Itu antara hujahan-hujahan yang dilotarkan oleh beliau dan sudah semestinya akan mendapat respon yang berlawanan dengan Ketua Pemuda Umno Ampang.

Di depan televisyen, saya tersenyum lebar dengan komentar-komentar para jemputan.

Apa yang pasti banyak kebenaran yang telah dilontarkan oleh beliau (Presiden MTUC) dan saya bersetuju dengan beliau.

Cadangan penyelesaian

Bagi mereka yang telah diberhentikan kerja, ada beberapa cadangan yang boleh digunapakai atau ditongsampahkan, mengikut ‘citarasa’ masing-masing.

Berniaga adalah salah satu jalan keluar, namun perlu tabah dengan kerenah dunia perniagaan. Pastikan membuat persiapan fizikal dan mental yang secukupnya.

Dunia pekerjaan yang saya boleh cadangkan untuk diceburi ialah menjadi ejen. Ejen apa? Saya mencadangkan ejen Takaful. Dunia ini nampak sukar pada sesuatu masa namun ada kemudahannya. Ia juga dilihat mudah pada sesuatu masa namun ada kesukarannya.

Apa-apa pun ‘positif’kan diri untuk melalui kesukaran-kesukaran di hadapan.

Memang ada kebenaran jika ada yang berkata ‘hidup ini akan mudah untuk berjaya jika ‘dicabar’ dan ‘terdesak’ untuk berjaya.’

Kata-kata Saidina Ali Abi Talib..”Kebenaran tanpa perancangan itu akan mudah digagalkan dengan kebathilan yang berperancangan.”

2 thoughts on “Satu haribulan Mei

  1. k una n ustaz azhan kena tulis kat bawah tu…entry ni sapa authornya..saya kompius mana satu tulisan k una dan mana satu tulisan ustaz🙂 nasib baik ada dialog guna ummi abi..baru paham🙂

  2. “Pekerja dan majikan saling melengkapi antara satu sama lain. Majikan tidak akan mendapat keuntungan jika pekerja tidak produktif”

    model ekonomi baru.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s