Perbaiki Adabmu.

Kadangkala  muncul di kaca televisyen adegan-adegan dari siri televisyen dalam mahupun luar negara yang memaparkan suasana kelas ketika pembelajaran berlaku. Pernah sekali saya melihat situasi di mana murid-murid di dalam sebuah kelas ‘menyumpit’ guru ganti kelasnya dengan chewing gum lantas melekat tepat mengenai dahi si guru. Semua murid ketawa keriangan, manakala si guru kebingungan sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar dan guru, mungkin situasi  tersebut jarang berlaku di Malaysia, namun tidak mustahil ada  berlaku sebagai kes pinggiran. Namun, walau ia hanya di pinggiran sekalipun situasi ini jelas menggambarkan longgarnya sifat hormat seorang murid kepada gurunya malah menunjukkan hilangnya sifat tawadhu’ sebagai seorang pelajar.

 Jika kita singkap pendidikan atau tarbiyyah yang Rasulullah s.a.w lakukan di awal dakwahnya di rumah al-Arqam b. Abi al-Arqam, sistem halaqah atau usrah sangat memainkan peranan penting. Justeru, sesebuah keluarga muslim perlu mengambil contoh ini, iaitu tarbiyyah melalui halaqah perlu. Dengan kata lain, bentuklah halaqah/usrah di dalam keluarga kita sebagai satu kemestian.

Perlu diingat, bahawa tarbiyyah Islamiyyah atau pendidikan Islam bukanlah hanya proses tadris (pembelajaran) semata-mata. Selengkapnya tarbiyyah itu meliputi proses ta’lim (pengajaran) dan ta’dib (peng’adab’an). Matlamat pendidikan Islam akhirnya nanti harus ke arah melahirkan individu yang berilmu, bertaqwa dan beradab. Oleh itu, agar lengkap ketiga-tiga perkara ini memerlukan kepada irsyad atau hidayah yang hanya dapat dikesan melalui pandangan mata hati yang sebenar.

Bagaimana hidayah bisa hadir di dalam hati? Pokok pangkalnya ada pada adab. Seorang penuntut ilmu perlu beradab. Saya kira secara umumnya kita sudah faham dan mafhum adab-adab seorang pelajar. Namun, cuba lihat situasi berikut;

1. Ketika ada majlis ilmu/kuliah/tazkirah di hadapan surau, ramai juga yang menyanggupkan diri untuk mendengar hanya di pinggiran surau bertemankan rakan bual gossip yang terkini. Dengar, dengar juga. Gossip, gossip juga!

2. Masuk lewat ke dalam kelas, langsung duduk sahaja tanpa alasan yang munasabah.

3. Sibuk ‘mengulangkaji’ pelajaran lain ketika subjek lain yang diajar.

4. Bercakap-cakap tanpa had ketika guru mengajar sehingga ditegur.

5. Mengajukan soalan-soalan yang bukan-bukan yang bertujuan untuk berlawak jenaka dengan guru.

6. Memberi sepenuh perhatian dengan niat untuk menyaingi atau mencari kelemahan guru bukan untuk perbincangan yang sihat.

7. Memilih guru-guru yang berkenaan saja untuk diberikan senyuman atau diberikan salam.

Biasa kita temui bukan? Dan mungkin kita adalah pelakunya. Kelakuan-kelakuan inilah yang menyebabkan hidayah tidak sampai kepada kita. Perbuatan biasa yang menyebabkan keluarbiasaan kita tidak terserlah sama sekali. Ubahlah ia.

Ingatlah penuntut ilmu sekelian tidak kira tua atau muda. Ilmu itu ibarat air yang mengalir dari tempat yang tinggi. Ia hanya bisa mengairi kawasan yang lebih rendah daripadanya. Jadilah penuntut ilmu yang rendah hatinya, lapang dadanya dan kritis mindanya. Itulah contoh para sahabat ridhwanullah ‘alaihim yang sentiasa teruja untuk menerima ilmu dari nabi Muhammad s.a.w. Rendah hati menerima ilmu, tetapi sentiasa memberi apabila diminta.

Perbaikilah adabmu.

One thought on “Perbaiki Adabmu.

  1. salam ziarah.

    ingatan yang baik & berguna.

    saya sbg salah seorang scholar kpm merangkap guru masa hadapan, juga harus bersedia utk semua ini.

    teringat pula pada pantun melayu lama.

    berburu ke padang datar,
    dapat rusa berbelang kaki,
    berguru kepalang ajar,
    ibarat bunga kembang tak jadi.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s