Ibu, Muslimah Sejati.

 

 

 

Khusus buat para ibu dan bakal-bakal ibu sama ada telah berkahwin atau belum. Hayati nasihat yang terkandung di dalam nasyid ini..

“Wahai puteri lihat nun di sana, Islammu kini ketandusan pembela, bersama sendu mengalir lesu, tertunggu-tunggu mujaddid baru, kembangnya kini diulit sepi, tiada lagi rijaluddin sejati, wahai puteri khidmatmu dinanti.

Ummah derita, engkau pengubatnya, kelembutanmu penawar sengsara, engkau penyeri Islam dan tamannya, tanganmu bakal menggoncang dunia..

Namun ingat puteri ilmu perlu dicari, buat bekalan dalam perjuanganmu nanti, pembimbing diri dari taghut dibenci, tuntutlah seikhlas hati.

Wahai puteri kau muslimah sejati, tetapkan iman taqwamu di hati, taqarrubbulLah takhta peribadi, amalmu menjadi bukti.

Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi, redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati, usah ditangisi takdir yang telah pasti, pengorbananmu kan disanjungi.

Puteri solehah mujahidah ansarulLah, berbekal iman taqwa sabar dan redha, berilmu beriman, berkhidmat berjuang, berkorban agar Islam kan gemilang.

Bersama puteri Islam takkan sepi subur disirami harum mewangi..

Wahai puteri kau muslimah sejati..”

Bait-bait di atas adalah sangat benar untuk dijadikan panduan jika anda adalah seorang ibu muda ataupun bakal ibu. Bait-bait di atas juga sangat benar, kerana hakikatnya itulah yang telah dilalui oleh ibu-ibu anda yang telah berjaya membesar dan mendidik anak-anak sehingga menjadi seperti anda kini.

Selamat Hari Ibu. Semoga kita mampu menggegar dunia dengan kecemerlangan Islam satu hari nanti.

2 thoughts on “Ibu, Muslimah Sejati.

  1. Aduhai… Teringat surau ASPURI
    KIK…KIM…KISAS… Kolej Islam Sultan Alam Shah… Harum Namanya semerbak mewangi..

    Nostalgiatik!

    Salam Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan bapak2 yang punya ibu-ibu yang solehah…

    Fawwaz, ‘Ulwan dan Awfa, InsyaAllah acik teringin nak singgah ke Lembah Beringin cuti sekolah Jun ni. InsyaAllah kalau panjang umur dan diizin Allah kita jumpa yer… Minta Ummi buat kek macam burfday Ulwan tu yeak… hehehe..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s