MB sah…

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri. (sumber Berita Harian)

berkat kesabaran, InsyaAllah diberkati
berkat kesabaran, InsyaAllah diberkati

 

Walaupun saya bukanlah rakyat negeri Perak, namun tidak lah bererti krisis di Perak langsung tidak diendahkan. Ia berkaitan dengan keadilan dan ketelusan sistem perundangan yang sekian lama digunapakai.

Sebenarnya Perak dengan kami (sekeluarga) bukanlah jauh sangat, hanya memerlukan 10-15 minit sahaja untuk ke Tanjung Malim, berdekatan pula dengan DUN yang menjadi ‘katak’ (Behrang), salah seorang punca krisis Perak berlarutan.

Jadi, tidaklah ‘menjadi hal’ untuk membincangkan cerita yang ‘pelik tapi benar’ ini.

Tanya kemudian jawab sendiri

Saya bukanlah ‘master’ dalam bidang politik, tetapi tidak pula dikategorikan ‘buta’ politik. Pengalaman semasa di kampus banyak memberi pendedahan kepada isu-isu siasah.

“Bubar DUN?.. langkah yang memang tepat.. Sultan? Alamak ini yang leceh ni, tak tentu lagi setuju..speaker dewan? Sivakumar lah, eh! Ganesan dilantik jugak..Ishh! banyak kebarangkalian nih..” fikir saya ketika baru sahaja mendapat berita ini melalui salah satu laman web siasah petang tadi.

Doa

titiskanlah airmatamu tika memohon kepada Ilahi
titiskanlah airmatamu tika memohon kepada Ilahi

‘DOA’, bukan dead or alive tetapi senjata paling ampuh bagi setiap muslim dan mu’min sejati untuk bermunajat kepada Allah, tunjukkan kebenaran dan jatuhkan kebathilan.

Pada Hari Pekerja (1 Mei) yang lalu, saya dan keluarga berziarah ke rumah ibunda mertua di Kuala Kangsar, Perak. Kebetulan hari cuti umum, ambil kesempatan untuk berziarah, saya ‘no hal’ dan anak-anak saya pula memang ‘meloncat’ kegembiraan kerana dapat berjumpa sepupu-sepupu mereka (hero-hero belaka, habis bersepah rumah dibuatnya).

Kebiasaan saya, jika berkunjung ke Kuala Kangsar, saya pasti tidak melepaskan peluang untuk berjemaah di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan dengan MCKK dan Clifford. Khususnya waktu maghrib, isyak dan subuh.Memang seronok.

Masjid ini semakin ‘canggih’ kerana kelengkapan dalaman yang telah di’upgrade’kan dan yang menariknya masjid ini adalah masjid yang penuh dengan jadual kuliah-kuliah harian. Sangat imarah.

Pada malam 2 Mei, seorang ustaz (saya tidak mengenalinya) memberi kuliah dan sambil dia menghuraikan isi-isi kuliahnya yang kebetulan dengan isu terkini Perak, dia menyeru sekalian jemaah masjid dan dipanjang-panjangkan kepada pencinta keadilan supaya “membaca Yasin 40 kali dan bertasbih, bertahmid serta bertakbir 100 kali setiap malam,memohon kepada Allah SWT untuk menolong hamba yang teraniaya (krisis Perak) bagi menyebelahi kerajaan sedia ada (kerajaan selepas PRU-12) bagi keputusan mahkamah 4 Mei dan 7 Mei.”

“Peh!.” detik hati saya. Bukan calang-calang hendak lakukannya.

“Apa yang penting? bukan KERJASAMA sahaja tetapi DOA.” getus hati saya.

Hadith riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda “Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa.”

Sudahkanlah ia dengan ADIL

Rentetan daripada peristiwa yang mudah untuk diselesaikan tetapi diperpayahkan dek ‘tangan-tangan ghaib’ ini, saya menyeru dan berdoa agar mereka yang berkenaan dapat meleraikan kekecohan ini dengan seadil-adilnya.

Siapakah dia pemegang kuasa terakhir dalam kes ini?

Tidak lain dan tidak bukan, sudah semestinya SULTAN.Sultan+Perak

Dengan nasihat MB (Datuk Seri Nizar), diharapkan diperkenan untuk membubarkan DUN, supaya rakyat  dapat menentukan kerajaan pilihannya.

Jika PR kalah, redha…dan jika BN kalah juga perlu redha, kuasa rakyat adalah pemutus. Insyaallah kebenaran dengan keizinanNya akan berkuasa di Perak.

Bebaskan Perak dari kemelut ciptaan ‘tangan-tangan ghaib’ ini.

2 thoughts on “MB sah…

  1. ya, Jannah. Boleh je nak invite, tp saya kene buka akaun dulu ya. Saya ni bab2 facebook mmg zero. Thanks 4 visiting.

  2. Salam Una…

    Una ni Una yg belajar kt Kisas dulu kan kan kan…huhuhu…

    saya nk invite join KISAS 95 group dekat facebook.. tapi kena ada account facebook la jugak…depa plan nk buat reunion 1st ogos nanti…
    kalau berminat balas la mesej saya…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s