Langkah Pertama Sebagai Kaki Bola

 

Tanggal 26 April 2009 yang lalu, Ahmed Fawwaz mewakili PASTI Al-Husna Hulu Bernam ke pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI daerah Hulu Bernam 2009. Pertandingan diadakan di IKBN Kuala Kubu Bharu. Kami sekeluarga seawal pagi lagi menghantar Fawwaz ke tempat pertandingan. Sebanyak 13 PASTI seluruh daerah Hulu Selangor menyertai pertandingan ini.

Meriah sungguh suasana dirasakan. Maklumlah, ibu bapa mana yang tidak teruja untuk melihat anaknya beraksi buat pertama kali dalam satu pertandingan secara rasmi. Begitu jugalah yang saya dan suami rasakan. Bagaimana si cilik ini beraksi ya?

Pada awalnya, saya memang tidak menaruh harapan yang tinggi untuk Fawwaz menjadi pemain futsal PASTInya. Sebab saya sendiri mengerti bahawa Fawwaz kadang kala ‘blur’ juga untuk sesuatu perkara. Pertimbangan dan penaakulannya masih belum begitu kuat untuk memahami sesuatu situasi. Begitu jugalah dengan bermain bola sepak.

Namun, apabila mengetahui dia terpilih, saya mewajarkan mungkin ada sesuatu sebab yang dipertimbangkan oleh gurunya untuk memilihnya berbanding pelajar lain. Saban hari di waktu pagi, Fawwaz dan rakan-rakannya akan berlatih sehingga jam 10 pagi. Selepas itu barulah mereka belajar. Sampai gelap kulit Fawwaz dibuatnya.

Adik, pasukan adik dah gol. Balik ke tempat asal adik. (SEsat pulak Fawwaz ni..)
Adik, pasukan adik dah gol. Balik ke tempat asal adik. (SEsat pulak Fawwaz ni..)

Semasa hari pertandingan, seperkara yang mengkagumkan saya ialah kesungguhan kanak-kanak ini bermain meskipun dipanah dengan cahaya mentari yang terik. Bayangkan, pertandingan akhir diadakan pada jam 1.30 tengahari ketika matahari tepat di atas kepala. Ada sesetengahnya bermain dengan berkopiah.

Bersama rakan sepasukan, Naqib dan Syamil
Bersama rakan sepasukan, Naqib dan Syamil

Namun benarlah selitan yang diberikan oleh pengacara majlis, bahawa pada hari itu anak-anak ini telah memberikan satu contoh kepada ibu bapa di mana mereka bermain dengan menutup aurat. Malulah jika si bapa masih lagi bermain bola sepak dengan seluar pendek. Ataupun si ibu yang tidak menutup aurat.

Dipendekkan cerita, PASTI al-Husna berjaya menjadi johan daerah! Jersi merah Sepanyol itu juga mungkin petanda bahawa mereka mempunyai kemahiran yang lebih baik berbanding kumpulan lain. Jika kumpulan lain mempunyai stail permainan di mana bola berada, di situlah semua pemain berkumpul, PASTI al-Husna tidak begitu. Posisi penyerang dan pertahan mereka begitu juga penjaga gol sangat ampuh sehingga tidak pernah dibolosi walau satu gol pun. Tahniah anak-anak dan guru yang membimbingnya.

Ada gaya pemain handalan ni..
Ada gaya pemain handalan ni..

Itulah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lenturan yang bermula sedari kecil tidak akan berkekalan jika di pertengahan jalan ia dibiarkan.

Hakikatnya, anakandaku hanyalah pemain simpanan sahaja. Walau bagaimanapun ia turut menyumbang kepada pasukannya kerana ia bermain pada perlawanan pertama, separuh akhir dan akhir. Semoga Fawwaz menjadi kaki bola juga satu hari nanti seperti abi..😉

Bersama pingat pertama dalam hidupnya.

Bersama pingat pertama dalam hidupnya.

3 thoughts on “Langkah Pertama Sebagai Kaki Bola

  1. ummi abi cemerlang, anakanda lagi ler terbilang..

    Alangkan Ustaz Azhan dulu ayahanda kami di 1st College.. Umi Husna pulak “Ummi” CikLin di KISAS… Mantoppp…😉

    Kan chikbi kan…kan…

  2. huhu..hebatnya abi dan ummi fawwaz ni..

    teringat yang ustazah dan suami minat seni, minat sukan juga..wah serba boleh…menarik-menarik…

  3. chaiyok fawwaz.. abi pandai main bola. umi pandai main hoki tak cerita..?

    kajian menyatakan bahawa kebanyakan orang yang minat bersukan akan lebih cemerlang dalam dunia kerjaya..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s