Suami Tunggak Tarbiyyah Keluarga

Begitu kuat sekali kesan peringatan itu kepada diri saya. Mungkin kerana ia lahir secara ikhlas dari jiwa suami tercinta.

Pagi Ahad yang lalu, suami saya telah memberikan satu tazkirah ringkas buat kami berdua.

“Jika kita lihat ayat-ayat di dalam al-Quran, kebanyakan kisah-kisah tarbiyyah adalah berlaku antara seorang ayah dan anak-anaknya. Sebanyak 12 daripada 13 kisah adalah tentang seorang ayah. Ini menunjukkan bahawa seorang ayah adalah pendidik utama kepada anak-anaknya, kemudian diikuti oleh ibunya,” jelas suami saya. “Apa 12 kisah tu bang?” Saya langsung bertanya dan kami pun bersama menyenaraikan kisah-kisah yang teringat ketika itu.

“Tak sampai 12 pun, takpe nanti check betul-betul”. Suami saya menyimpulkan ringkas.

Walaupun saya masih belum meneliti lagi 12 kisah yang dimaksudkan, namun bagi saya ini satu input yang baru bagi saya. Walaupun seringkali mendengar pengisian berkaitan pendidikan anak-anak, saya tidak pernah terfikir tentang isu sebagaimana yang disebutkan oleh suami saya itu. Kita sering mendengar tugas pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab bersama, atau ibu adalah pendidik pertama seseorang anak. Jarang sekali kita mendengar, bapa adalah tunggak dalam pendidikan anak-anak dalam sesebuah keluarga.

Walau apapun, kenyataan tersebut tidak dapat disangkal kebenarannya. Difahami bahawa suami adalah ketua keluarga yang menjadi sumber nafkah zahir dan batin buat keluarga. Seorang ketua sifatnya adalah bertanggungjawab atas segala yang di bawah peliharaannya. Seorang ketua juga perlu meneliti dan mengetahui setiap perkara yang melibatkan rakyatnya. Setiap ketua juga secara autoritinya perlu jelas dengan arah dan matlamat yang ingin dibawa dan diterapkan di dalam keluarganya.

Justeru, tarbiyyah anak-anak adalah agenda utama yang perlu diambil berat oleh seorang bapa, dan bukannya melepaskan peranan besar ini di bahu isteri yang telah sekian lama menggalas beban yang bukan miliknya. Justeru, apa yang perlu seorang bapa lakukan?

1. Mendidik isteri dahulu agar jelas dengan matlamat yang seharusnya mereka capai.

2. Berikan sentuhan tarbiyyah seorang bapa kepada anak-anak. Nasihati mereka, dengari mereka, berkawan dengan mereka, hukumi mereka, ‘imam’kan mereka, cukupkan keperluan mereka dan banyak lagi.

3. Sediakan lorong yang bapa ingin anak-anak mereka lalui selaras dengan tarbiyyah Islamiyyah. Di mana anak-anak ingin disekolahkan? Siapakah pengasuh anak-anak bapa? Apakah cara untuk menyuburkan tarbiyyah Islamiyyah di dalam rumah terhadap anak-anak? Apakah susu/makanan yang terbaik untuk anak-anak? Apakah pakaian yang tepat untuk isteri dan anak-anak?

Mungkin senarai ini boleh dipanjangkan dan ditambah lagi. Realitinya kini, bapa sebagai murabbi utama adalah tugas yang sering diabaikan. Pendidikan diserahkan kepada isteri, guru-guru di sekolah, ustaz yang dipanggil ke rumah ataupun mungkin lebih parah lagi kepada datuk dan nenek si anak. Budaya ‘never mind’ seorang bapa tidak akan membawa ke mana-mana melainkan masalah demi masalah yang bertimpa-timpa menimpa anak-anak dan keluarga.

Di akhir tazkirah suami saya menyelitkan sebuah kisah Umar al-Khattab. Suatu hari beliau didatangi oleh seorang bapa yang mendakwa bahawa anaknya telah menderhakainya. Lantas si anak bertanya kepada Khalifah Umar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak harus mendapat hak yang sepatutnya ditunaikan oleh bapanya?”. “Benar”, jawab Khalifah. “Seorang bapa harus menunaikan hak anaknya iaitu memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarkan anaknya al-Quran”. Jelas Amirul Mukminin.

“Bagaimana aku tidak durhaka kepadanya wahai Amirul Mukminin kerana tiada satupun hak itu yang aku terima. Ibuku seorang Majusi, namaku Ja’lan dan aku tidak pernah diajar al-Quran olehnya”. Berkatalah Khalifah Umar kepada si bapa, “Wahai bapa, kamu sesungguhnya telah mendurhakai anakmu dahulu sebelum anakmu mendurhakai dirimu”.

Renungkanlah wahai suami dan bapa. Tanggungjawab di pundakmu amat besar! Jika tidak mana mungkin seorang nabi itu diutus di kalangan lelaki. Namun, ingatlah bahawa bebanan yang besar adalah sesuai untuk mereka yang berjiwa besar sepertimu wahai lelaki, suami dan bapa..

Sukarnya menjadi lelaki…..

7 thoughts on “Suami Tunggak Tarbiyyah Keluarga

  1. Noraishah Ahmad Walid? Alhamdulillah jejak kasih kita..Bagi no contact Aishah, boleh tanya kaba lepas ni. Mana tau blog ni? Sekarang ni, semua orang boleh baca diari orang lain. Open secret.. he he. No saya 0196600348.

  2. salam ustazah husna, my dear friend fisact 95… salam ukhwah fillah buat una… dah lama cuba jejak una, alhamdulillah akhirnya berjaya… begitu teruja melihat blog una.. insya-Allah aishah dapat manfaat dari ilmu2 yang una curahkan ke blog ini.. do keep in touch my dear🙂

  3. Assalamua’laikum. ustazah, =) entri yang sangat memuhasabah diri. Insyaallah, mdh2n Allah mberi psgn dn zuriat yang qurratun a’yun dan suami yg mnjadi Imam kpd org2 yg bertqwa , jg mnjadikan kita sebegitu rupa jg.

    nak cari yang soleh, maka kena jadi yang solehah dululah…kan ustzh. maka kami2 ni kena berusaha sgguh2 la ! (ustzh dah dpt yang soleh ni.hihi..insyaallah.
    Slm wt ustaz ye ustzh!, mg bahagia slalu hgga ke Syurga!)

    btw baru lepas membaca buku “Cinta di Rumah Hasan al Banna”.sgguh menyentuh jiwa,. contoh ayah, suami dan pejuang yg sgt luar biasa.

    Rasululullah saw,
    sebaik2 Qudwah & sebaik2 org kpd keluarganya….

    Selamat HAri Guru
    -Muslihah-

  4. oooo,ex KYUEM batch 09 yang baru fly,ustazah xajar pun saya dulu..Semua ustaz maliki..anyway jazzakillah ustazah,moga jr yg bkl mendatang lbh baik dn brsemangat dlm dkwah

  5. Kalau benar-benar bersedia, takpe nak kahwin awal. Lagi baik. Sape awangpaker ni ye?..😉

  6. terima kasih ustazah..
    Tak jadi nak kawin awal selepas tahu macam tu tanggungjwb bapa dan suami.Kena tarbiyah lagi la nampaknya
    hehehehe

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s