Self-Employed, Any Ideas?

Minggu ini dan minggu lepas, hari-hari saya diwarnai dengan keluar masuk hospital. Bukan dimasukkan ke dalam wad, hanya pesakit luar sahaja. Bermula dengan ujian darah Ahmed ‘Ulwan di Klinik Nabilah Tanjung Malim, membawa saya dan suami ke Sime Darby Medical Center (dahulunya SJMC) yang tidak pernah kami jejaki sebelum ini.

Alhamdulillah, setelah bertemu dengan pakar paedeatrik dan keputusan ujian darah, air kencing dan x-ray dilakukan tiada sesuatu perkara yang terlalu serius dengan Ahmed ‘Ulwan. Serius, bermakna penyakit berat maksud saya. Simptom demam yang dialaminya setiap bulan adalah disebabkan sistem imunisasi tubuhnya yang kurang untuk melawan jangkitan mengakibatkan peningkatan paras sel darah putih di dalam darahnya. Semasa ujian darah yang pertama, naik mendadak sehingga 20000/11000.

Kesimpulannya, makanan perlu seimbang, ambil pemakanan tambahan, minum air selalu dan minum susu banyak-banyak.

Minggu ini pula, mak saya menjalani pembedahan membuang hempedunya yang mengandungi batu. Beliau telah mengetahuinya sejak 3 tahun yang lalu, namun oleh kerana tiada kesakitan melampau yang dialami menyebabkan pembedahan yang dicadangkan oleh doktor sengaja ditangguh-tangguhkan.

Pembedahan yang dilakukan pada hari Selasa lalu juga sebenarnya merupakan instant decision daripada beliau hasil perbincangan kami adik-beradik. Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar. Namun, apa yang meruntun hati saya adalah ketidakmampuan saya untuk menemani dan menjaga beliau sepanjang beliau berada di wad. Saya hanya melawat pada hari Rabu tengah hari dan sempat meluangkan masa selama beberapa jam bersamanya ditemani suami dan anak-anak.

Perkara-perkara kehidupan ini memberikan saya satu sentuhan (bukan desakan lagi) untuk bekerja sendiri. Bekerja sebagai boss kepada diri sendiri. Menentukan masa dan aktivinya secara bebas dan tidak tertakluk kepada sesiapa.  Sememangnya kami suami isteri menetapkan matlamat bahawa kita mesti ada perniagaan sendiri. Namun, masing-masing masih belum berbincang secara serius tentang perkara ini.

Ya, begitulah juga nasihat Rasulullah s.a.w kepada kita agar berdikari dalam setiap perkara dan tidak mengharapkan orang lain. Mencipta pekerjaan dan bukan menunggu pekerjaan. Berusaha sendiri dan bukannya asyik meminta bantuan ihsan orang lain.

“Daripada Abdullah b. Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, ” Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi”

Hadith riwayat al-Haithami)

Persoalannya, apakah jenis perniagaan itu? Saya masih buntu dan tercari-cari. Harapnya ia bukan hanya ilusi, namun insya Allah realiti satu hari nanti. Amiin..

2 thoughts on “Self-Employed, Any Ideas?

  1. Ustazah Husna… Saya pun nak join the club! Tengah berkira-kira, nak buat kerja apa, yang sesuai dengan jiwa dan kemahiran. Being self employed before 40. InsyaAllah.. Semoga Allah ilhamkan pada kita, baik untuk agama dan keluarga InsyaAllah…Ameen!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s