ok/ya/orait yang menyusahkan

UM38A-SurahKahfJawapan ‘ya’ kepada sesuatu pertolongan kekadang menyusahkan. Saya pernah berada di ‘situasi’ berkenaan.Anda?

“Zam! boleh tak tolong…..”

“Boleh-boleh, bila? takde masalah…”

‘Kepastian’ yang cukup menyenangkan hati, tetapi usah percaya duluan kerana macam-macam boleh terjadi.

Pengajaran dari surah al Kahfi

Di saat ‘pertolongan’ itu perlu ‘ditunaikan’ pada masa yang ditetapkan, dan tika dan saat itu jugalah apa yang ditunggu itu tidak kunjung tiba. Aduh! (bengang, panas, kecewa dan segala-galanya)

 Dalam surah al Kahfi ayat 23 & 24 yang bermaksud :

” Dan jangan  sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi’.”

“Kecuali (dengan menyebut): “Insyaallah.” Dan jika kamu lupa dan katakanlah “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberikanku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.”

Dalam ayat ini Allah SWT menegur  Rasulullah SAW ketika baginda berhadapan dengan (mengikut riwayat) beberapa kalangan yahudi yang bertanyakan tentang Ashabul Kahfi dan Dzulkarnain.

Lalu baginda menjawab, “Datanglah kamu keesokan hari, nanti aku akan ceritakannya.” tanpa mengucapkan perkataan ‘Insyaallah’.

Sehingga keesokan harinya, tiada wahyu yang datang kepada baginda tentang perkara yang ditanyakan oleh yahudi berkenaan.

Maka, turunlah ayat ini sebagai pengajaran kepada Rasulullah SAW agar  menyegerakan kalimah ‘insyaallah’ dalam setiap perkara yang dijanjikan.

Ini kerana perkara yang berlaku pada esok harinya adalah milik Allah SWT (semestinya semua adalah milik Allah SWT).

Perisai diri

Jika takut diri digelar ‘munafiq’, maka seharusnya kita mengelakkan diri ini daripada ‘menyedapkan’ hati orang lain sedangkan kita sebenarnya ada banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Ini juga boleh dikategorikan sebagai penyakit ‘sukar mengatakan tidak’ pada sebarang permintaan pertolongan. Akhirnya menyusahkan pihak yang lain.

Semua benda hendak dibuat, ‘lastly’ semua tak dapat buat..tambah lagi, mengecewakan orang lain. (khususnya dalam urusan organisasi)

Renungilah semula ayat 23-24 surah al Kahfi, moga mendapat pengajaran daripadanya.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s