Muraqabah.

Tiba-tiba hari ini saya terpanggil untuk mengambil khazanah ilmu tulisan saya ketika di KISAS dahulu. Alhamdulillah, akhirnya buku itu saya ketemu jua akhirnya setelah bertahun-tahun mencarinya di stor rumah kakak saya. Hajat saya untuk menjadikan buku ini sebagai buku yang perlu disimpan untuk panduan masa hadapan ketika saya di sekolah dahulu tercapai. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit tanda keusangan, koyak dimakan masa namun masih boleh dianggap sebagai sebuah buku.

 

Khazanah ilmu..
Khazanah ilmu..

 

Di dalam buku saya ini terselit sebuah kertas kerja ringkas bertajuk Muraqabah yang dibentangkan ketika Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah Berasrama Penuh kali ke-17 (1996) 13 tahun yang lalu. Kertas ini dibentangkan oleh Ustaz Abdullah Hj Salleh, guru saya ketika di kolej dahulu. Mari kita kongsi bersama intipatinya.

Muraqabah bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah serta menyerahkan segala maksud dan tujuan kepadaNya. Muraqabah menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam perkara syubhah, penyelewengan dan menurut hawa nafsu. Dengan bermuraqabah juga kita akan selalu mengingati Allah kerana Dia lebih dikasihi daripada segalanya. Surah al-Ahzab ayat 52 bermaksud;

“Dan adalah Allah amat meneliti segala sesuatu”.

Antara nilai akhlak mulia yang dihasilkan kesan muraqabah ialah berkeyakinan, mudah menerima pengajaran, merancang program yang berfaedah, bersedia memberi khidmat, berpengetahuan luas, mampu memberi sesuatu yang diharapkan, berbudi bahasa dan mudah mesra.

Bagi memastikan diri kita sentiasa bermuraqabah pastikan bahawa badan, jiwa dan rohani kita sihat, punyai pendengaran yang tajam, kemahuan yang kuat, kefahaman yang betul, ada usaha yang praktikal serta sentiasa bertaubat dan memelihara hukum Allah.

Pernah satu ketika Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika engkau mengembara, apakah engkau membuat persiapan wahai Abu Zar?” Jawab Abu Zar “Ya”.Baginda bertanya lagi, “Bagaimanakah pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar jika aku memberitahumu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?” Jawab Abu Zar, “Bahkan saya mahu ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku,” Sabda baginda, “Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan, tunaikanlah solat sunat dua rakaat di tengah gelap malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur, tunaikan ibadat haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar, hulurkan sedekahmu untuk si miskin, ungkapkanlah kalimah yang benar dan berdiam diri dari kalimah yang tercela dan buruk.”

Kesimpulannya, untuk muraqabah perlu kemahuan dan usaha. Pasti Allah akan menyambutnya.

Kertas ini dibentangkan pada Ogos 1996. Meskipun kertasnya sudah kuning, nilai ilmunya tetap relevan sampai bila-bila.

Picture 041

3 thoughts on “Muraqabah.

  1. mengimbau kenangan tarbiyah..mengembalikan diri kepada fitrah.. yang saya simpan hanya buku usrah. kertas kerja semua sudah lesap sebab banyak kali berpindah….

  2. Awat sedih pulak tilmiz..Gembira la. Bila diselak sehelai demi sehelai macam-macam ada.. Setiap helai ada ingatan indah yang tersendiri. Carca marba ngantuk pun ade juge😉.

  3. huhu..buku tazkirah saya masa kat sane pun masih sy simpan,
    semoga buku tersebut mnjadi ‘buku panduan masa hadapan saya’ satu hari nanti..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s