Anekdot 290509

 

 

 

SMIAAG
SMIAAG

27/05/09

 

“Ust. Aziz? ustaz nak buat apa nanti ustaz?” soal saya.

“Huh! tak sempat nak pikir…takpe nanti apa yang terlintas kita buat je la.” spontan Ustaz Aziz menuju ke bilik peperiksaan, barangkali untuk menjaga kelas peperiksaan.

Saya meminta Ustaz Aziz mengumpulkan semua guru-guru lelaki untuk persembahan guru pada Jumaat, 29 Mei nanti. Ketidakmampuan saya untuk mengumpulkan kesemua guru-guru lelaki ini menyebabkan saya  memlilh Ustaz Aziz mengambil tanggungjawab ini (ini kerana semua sibuk menanda kertas periksa masing-masing..aduh!).

28/05/09

“Ana dah ada lagu dah.” Sarip menyapa saya.

Entah kenapa tahun ini saya tidak kepingin untuk berfikir tantang persembahan guru apatah lagi untuk membuat persembahan seperti tahun-tahun terdahulu.

“Lagu apa..?” balas saya.

“Ini ..mailah dengar.” semangat berkobar-kobar Sarip sedikit sebanyak membuatkan saya rasa terpanggil untuk membuat persembahan.

“Ooo..OK, tapi agak ‘slow’ la lagu nih.” respon saya kepada Sarip. Lagu ‘Guruku’ ditukar lirik untuk kesesuaian murid-murid yang mendengar.

“Terpulanglah..”spontan Sarip.

Petang 28/05/09

“Ana dah dapat lagu, habih ana ‘rosakkan’ lirik lagu ni.” ujar saya kepada Sarip.

“Lagu apa?” soal Sarip.

“Bukak ‘youtube’ jap..ana nak ‘confirm’kan melodi dia.”pinta saya.

“Hah! lagu apa?” soal Sarip sekali lagi.

“Cuba cari kugiran Nirwana..bukan ‘Nirvana’..jangan tersalah..ejaan lain.”aju saya.

“OK..”senyum Sarip. Walaupun Sarip bukan seorang guru, hubungannya yang rapat dengan murid-murid sekolah Al Amin menyebabkan dia juga kepingin untuk menyampaikan sesuatu mewakili ‘guru’ (pernah jadi guru ganti).

Setelah selesai melihat ‘youtube’ dan kesesuaian lirik dengan suasana, persembahan sambutan hari guru pula direncana.

“OK..petang ni kita latih.” perjanjian saya dengan Sarip.

“OK..” jawab Sarip.

3.45-azan asar 28/05/09

Sesi latihan kami berdua dengan gabungan lagu Sarip dan lagu ‘tangkap muat’ saya pun didendangkan di Bilik Masyab atas ihsan dan kebenaranUstaz Shahrul.

Melalaklah kami sambil tergelak-gelak, cuba mencari ‘arrangment’ yang sesuai dengan hanya menggunakan dua kompang dan satu tamborine.

Dalam latihan ini teringat saya kepada Ustaz Fattah, Ustaz Zaki dan Ustaz Zambri yang telah bersama saya sebelum ini untuk persembahan yang sama pada tahun-tahun yang sudah. Jika ada mereka, tidak susah saya untuk membuat persembahan kerana meraka sangat bagus memainkan ‘percussion’ yang ada, lebih-lebih lagi Ustaz Fattah (sangat mahir mengetuk bongo). Ini kerana bukanlah senang untuk menyanyikan lagu sambil bermain alat ‘percussion’.

29/05/09..Sambutan Hari Guru Al Amin

Dengan berbekalkan latihan pada petang semalam, saya dan Sarip menguatkan semangat untuk membuat persembahan nanti.

Secara muktamad, untuk persembahan guru nanti Ustaz Aziz akan membacakan sajak, saya dan Sarip akan menyampaikan dua nasyid diikuti sajak ‘ekspress’ Ustaz Idris selepas itu.

“Enta nanti tolong ana ye jadi ‘backup singer'” aju saya kepada Ustaz Idris.

“Nak buat apa?”soal Ustaz Idris.

“Enta cakap ‘aaaa’ lepas tu ‘parap-parap’..boleh?” ujar saya kepada Ustaz Idris sambil tersenyum.

“Lagu 60-an ke? buat lawak enta.”balas Ustaz Idris.

“Memang nak buat lawak..tapi ada isi.”sambil menunjukkan lirik lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A.Rahman Hassan (Nirwana).

“Ana ingat ana tak ‘stabil’lah hari ini..sebab lepas tu ana kena baca sajak pulak.” ragu Ustaz Idris.

“OK..takpe”mengangguk saya tanda persetujuan.

Persembahan guru

Dimulakan dengan sajak ‘pedas’ Ustaz Aziz menasihati murid-murid Al Amin. Syabas kepada Ustaz Aziz.

Kemudian dituruti persembahan saya dan Sarip…….Ustaz Idris ‘volunteer’ menjadi ‘stand mic’ kepada saya. Terima kasih Ustaz Idris.

Lagu yang saya sampaikan ramai yang tergelak……sampai saya pun  tergelak kerana konsentrasi terganggu, padahal lirik itu di depan mata. Mereka tertawa kerana ada latar suara ‘aaaa’, ‘parap-parap’. Saya sendiri tidak tahan mendengarnya.

Persembahan Sarip pula hampir ‘perfect’ tetapi sedikit terlupa lirik sebab banyak sangat mengubah lirik. Tapi OK.

Akhir sekali, persembahan sajak Ustaz Idris yang penuh semangat.

Majlis bersurai…Di kantin

” Enta kata enta tak nak jadi suara latar.” soal saya kepada Ustaz Idris.

“Ana kesian, lagipun takkan ana nak tercongok je depan tu pegang ‘mic’.” balas Ustaz Idris (sebab memang tidak ada ‘stand mic’).

Ramai yang ada dekat meja makan kantin tergelak dengan jawapan Ustaz Idris tadi termasuklah saya dan Sarip yang merasai peristiwa itu secara ‘live’.

” Enta buat ana tersasul..pulak tu dia punya ‘aaaa’, ‘parap-parap’ lambat..aduh!.” sambil berdekah-dekah saya berkata-kata.

“Entah! Ana dah jawab ‘aaaa’, enta baru jawap…macamana orang tak tergelak..” Sarip lagi terbahak-bahak ketawa mengenangkan peristiwa itu.

“Tadi ada budak selisih dengan ana..dia kata ustaz sedap lah ustaz nyanyi…ana kata..eh! bukan ana lah yang nyanyi..budak tu kata..tak! yang tang ‘aaaa’, parap-parap’ tu..sedap giler…dalam hati ana kata…budak ni perli aku nih” cerita Ustaz Idris sambil ketawa.

“Jangan diorang panggil ana Uztaz Idris ‘parap-parap’ sudah…” kami semua ketawa mendengarkan bicara Ustaz Idris.

“Enta pun naik ‘sheh’..sampai cakap ‘one more-one more’.” gelak Ustaz Idris kepada saya.

“Itu ana tak puas hati sebab ana tak dapat sampaikan mesej..tergelak pasal enta lah..lirik semua terlepas.” masih menggelakkan Ustaz Idris.

Sambutan Hari Guru 290509 Dalam Kenangan

Apa-apa pun sambutan hari guru ini penuh dengan ragam-ragam yang menarik dan melucukan. Tidak perlu bangkitkan kesilapan -kesilapan semasa persembahan kerana masing-masing ‘last minute’.

Cuma ada beberapa lontaran pandangan dan cadangan.

1. Perlu kaji ‘contraint’ masa iaitu hari Jumaat lebih-lebih lagi guru-guru lelaki.Ia sangat sensitif kerana melibatkan waktu ‘qoilulah’dan makan tengahari, dikhuatiri ‘qoilulah’ semasa imam berkhutbah.

2. Perlu ada ‘plan B’ jika masa telah ‘lari’ jauh sangat daripada ‘plan’ asal.

3.Di lain masa, persembahan murid-murid tidak perlu diadakan, biarlah guru sahaja yang membuat persembahan (kerana hari itu adalah hari guru) manakala murid-murid boleh berpatisipasi dengan permainan atau ‘game’ bersama guru dan perlu dibuat pada waktu pagi kerana faktor cuaca yang agak panas jika melebihi pukul 10 pagi.

Akhiran, perlu ada perubahan dalam Sambutan Hari Guru agar tidak ‘streotype’ dengan tahun-tahun sudah. Sebenarnya ‘slide-show’ murid-murid sudah memadai dan lebih menarik serta menjimatkan masa. Insyaallah tahun hadapan dapat dipertingkatkan mutu sambutan.

 

 

 

4 thoughts on “Anekdot 290509

  1. Salam bumi Mesir…Rahman! lama tak dengar khabaq…cerita2 biasa man…ok! bulan 8 kita cerita panjang insyaallah

  2. ust…tak leh bayang nih macam mana hari tuh…hahaha aduh..!!! apa-apa respect kat ust la….hahahah still bertahan tahun ke tahun…ingat lagi time ana form 4…time tuh ‘triple man’ ust,ust fatah,ust zaki (bola)….masih ada di utube…boleh cari…pasti jumpa…hahahhah

    apa-apa insyaAllah nnt ana balik cuti bln 8 boleh jumpa borak2 panjang….heheh bagi petua2 rumah tangga sikit hahah

    okey ust semoga teguh mendidik anak-anak bangsa….

    wassalam

  3. Rashid…nanti cuti sekolah jangan lupa buatkan ‘copy’ utk ana…kalau ada yang sebelum2 ni punya pun lagi elok;)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s