Antara 2 Hulu

Saat post ini ditulis, semua anak-anak dan suamiku sudah melayari bahtera masing-masing ke alam mimpi. Saya gagahkan juga mata untuk menulis seringkas mungkin sebagai catatan peristiwa hari ini. Ya, hari ini adalah hari di mana berlangsungnya Pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI peringkat negeri Selangor yang bertempat di UNISEL Batang Berjuntai.
Alhamdulillah tempat pertandingan agak dekat, bolehlah kami sekeluarga mengiringi anakanda Fawwaz ke tempat pertandingan.
Pandangan padang futsal dari atas, di sebelah kanan yang tidak nampak adalah padan bola jaring.
Pandangan padang futsal dari atas, di sebelah kanan yang tidak nampak adalah padan bola jaring.

Setibanya kami di UNISEL, Pasti al-Husna yang mewakili daerah Hulu Selangor telah berjaya menewaskan lawan mereka yang pertama. Seperti biasa, Fawwaz adalah pemain simpanan. Atas dasar memberikan sokongan moral kepadanya dan kawan-kawan, kami datang juga ke UNISEL pada hari ini.

Pengorbanan jiwa seorang pemain simpanan. Menahan kebosanan melihat rakan-rakan bermain. Bila fawwaz nak main ni?

Pengorbanan jiwa seorang pemain simpanan, menahan kebosanan melihat rakan-rakan bermain. Bila Fawwaz nak main ni?

Perlawanan kedua menentang daaerah Hulu Langat, Hulu Selangor tewas 2-0. Lawan mereka tampak kehebatannya dengan tendangan bola yang kuat dan sentiasa melayang di udara berbanding pemain Hulu Selangor. Rupa-rupanya bola yang digunakan adalah bola mereka sendiri (Hulu Langat) yang lebih ringan.

Setelah menang satu perlawanan yang lain, mereka layak ke peringkat suku akhir menentang daerah Kuala Langat rasanya. Perlawanan ini turut dimenangi oleh Hulu Selangor setelah menang melalui sepakan penalti 2-1, apabila sebelum itu mereka terikat dengan 0-0. Rezeki..

Perlawanan separuh akhir mereka bertemu pasukan Kapar dan menang 1-0 hasil sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil semasa perlawanan. Pasti al-Husna layak ke akhir! Kejayaan ini memang tidak dijangka oleh jurulatih mereka kerana pasukan lain seperti Gombak, Kapar dan beberapa lagi memang nampak kehandalannya. Namun, bukan bermakna Hulu Selangor tidak handal tetapi saingan itu nampak sengit sekali. Dan rezeki serta ketentuan Allah menyebelahi Hulu Selangor.

Siapa juara? Kita tentukan selepas ini.
Siapa juara? Kita tentukan selepas ini.

Pada perlawanan akhir, mereka bertemu sekali lagi dengan daerah Hulu Langat yang telah menewaskan mereka pada perlawanan kedua pada sebelah pagi. Namun, kali ini berbeza. Bola yang digunakan adalah bola Hulu Selangor yang lebih berat. Strategi, kata jurulatih. Beza yang kedua, Fawwaz main dalam final ni! Tidak disangka dia diminta menggantikan kawannya sebagai pertahanan yang demam pada sebelah petang itu. Begitulah, Fawwaz memang selalu diperlukan di saat-saat yang genting. Moralnya, jangan memperkecilkan kekurangan seseorang kerana di sebalik kekurangan terselit kekuatan yang ditampung untuk semua. Maka masuklah Fawwaz ke gelanggang buat kali pertama dan terakhirnya buat musim ini.

Posisi Ahmed Fawwaz sebagai pertahanan sisi.
Posisi Ahmed Fawwaz sebagai pertahanan sisi sebelum perlawanan bermula.

Memang benar seperti jangkaan jurulatih, kali ini jarang kelihatan bola melayang di udara. Perlawanan begitu sengit kerana masing-masing menyerang dan bertahan dengan seimbang. Apabila wisel tamat dibunyikan, mereka terikat 0-0. Penalti lagi! memang telah ditentukan oleh Allah, Hulu Langat berjaya mendahului Hulu Selangor melalui sepakan penalti dengan mata 1-0. Begitu tipis sekali kemenangannya. Apa yang menghibakan hati saya apabila melihat Dhiya’ penjaga gol Hulu  Selangor yang setia itu menangis kerana gawangnya dibolosi. Penuh penghayatan sekali anak ini..

Terima kasih ustazah, jurulatih, kawan-kawan. Alhamdulillah..
Terima kasih ustazah, jurulatih, kawan-kawan. Alhamdulillah.. Kita berjaya!!

Akhirnya, berjayalah Fawwaz dan rakan-rakannya membawa pulang pingat perak keputihan itu. Tiada yang saya dapati hari ini kecuali ;

1. Anak-anak begitu tinggi nilai kesungguhan dan komitmen mereka. Terus suburkan dan berikan sokongan yang maksimum kepada mereka. Tidak mengenal erti panas, penat, sakit atau sebagainya, mereka terus bermain tanpa alasan dan penuh kesungguhan. Subhanallah.. Begitulah kita dahulu. Namun, bila dewasa seringkali kesungguhan itu hilang kerana halangan pemikiran mereka sendiri yang biasanya dibentuk oleh orang-orang terdekat khususnya ibu bapa.

2. Ini adalah sebahagian proses pembinaan karakter anak-anak. Dokongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi sebagai ibu bapa amat penting. Di saat ini mereka belajar erti persahabatan, kesungguhan, kerja berpasukan, berstrategi, kesetiaan dan pengorbanan serta banyak lagi.

3. Meskipun ini hanyalah peringkat pra sekolah, kesungguhan pihak pengurusan PASTI untuk menjayakan program ini adalah sangat dihargai. Semoga jasa kalian mendapat balasan yang setimpal daripadaNya.

4. Terserempak juga dengan kawan-kawan lama.

Di antara 2 Hulu, Hulu Selangorlah tempat kedua!🙂

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s