Dinar Emas

StickerBeberapa hari yang lalu, semasa saya sedang menonton berita di siaran Astro Awani, ada tersiar berita berkenaan penggunaan dinar emas dalam pasaran ekonomi. Saya tidak dapat kenal pasti siapa yang ditemuramah, tetapi apa yang penting ialah berita itu berkisar dinar emas.

Gara-gara kemelesetan ekonomi global, maka timbul kembali isu penggunaan dinar emas.

Perasaan saya bercampur baur, ada suka..teruja..dan sedikit kecewa kerana isu ini timbul kembali setelah sekian lama dicanaikan samada dalam konvensyen atau dalam pelbagai persidangan yang telah dibentangkan kertas kerjanya oleh ramai pakar ekonomi Islam mahupun konvensional demi mencari signifikan penggunaan dinar emas di era moden ini.

‘Research Paper’

Saya juga tidak terkecuali untuk bersama membincangkan isu dinar emas ini dalam kajian peringkat sarjana. Saya berpeluang bersama-sama dengan penasihat kertas kajian saya iaitu Assoc. Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera (penulis buku “The Theft Nation : Returning to Gold”, Dekan di Kulliyyah Ekonomi dan Pengurusan Sains, Tun Dr. Mahathir (bertemuramah di KLCC) dan beberapa pakar perundangan Malaysia seperti Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Nik Norzul Thani Nik Hasan Thani.

Alhamdulillah, semua itu telah dapat dilalui dengan pengalaman yang pelbagai.

Banyak pandangan yang saya terima samada menyokong dan tidak menyokong terutama temuramah dengan Tun Dr. Mahathir.

Dialah (Tun Dr. Mahathir) yang menjadi ‘pioneer’ kepada cetusan penggunaan dinar emas ini tetapi kerajaan tidak mengambil tindakan selanjutnya sebaliknya kerajaan negeri pula yang mempelopori penggunaan dinar emas ini iaitu Kelantan.

Walaupun bukan untuk penggunaan sebagai transaksi pertukaran semasa tetapi sedikit sebanyak ia telah memberi impak kepada kerajaan persekutuan untuk menimbang semula pelaksanaannya di dalam Malaysia.

Beberapa Cadangan Yang Boleh Dipertimbangkan

Saya tidak bercadang untuk membawa sesuatu yang berat untuk pembacaan umum. Tetapi sedikit sebanyak ingin berkongsi ilmu setakat kajian yang telah saya lakukan dari aspek perundangan.

Banyak mehnah dan tribulasi dalam perjalanan menyiapkan kertas kajian saya ini. Terutamanya tajuk kajian saya ini berkisarkan perundangan yang sememangnya bukanlah kepakaran saya tetapi cabaran ini ‘diselambakan’ untuk melihat pelaksanaan dinar emas ini berjaya.

Saya berpendapat, cadangan yang dibuat dalam pembentangan kertas kerja dari Dr. Nik Norzrul Thani bertajuk “The Use of Gold Dinar In Islamic Business and Banking : A Legal Perspective” adalah yang paling baik untuk dipertimbangkan.

Cadangan beliau ialah menjadikan penggunaan dinar emas ini sebagai satu ‘alternative’ kepada wang fiat yang berada di pasaran sekarang. Contoh terbaik beliau ialah perbankan Islam dan perbankan konvensional.

Pengguna (orang ramai) akan menerima dan ter’biasa’ dengan cara ini jika ia disesuaikan  dalam pasaran.

Lihatlah perbankan Islam.

Suatu ketika dahulu, siapakah yang biasa dengan perbankan Islam?

Peringkat awal, tiada siapa yang mempercayainya, kerana ramai yang telah biasa dengan penggunaan ‘interest’ atau faedah dalam pinjaman. Pada hakikatnya, ia adalah riba’ yang sememangnya diharamkan dalam Islam. Cuma ‘faedah’ itu tidak dipandang sebagai riba’. Ini kerana istilah faedah itu telah mengabui mata masyarakat (pengguna).

Manakala Tun Dr. Mahathir pula berpendapat, penggunaan dinar emas ini tidak sesuai dalam penggunaan transaksi harian. Beliau berpendapat ia sukar dilaksanakan, dan beliau hanya bercadang untuk menggunakannya dalam transaksi perdagangan antarabangsa sahaja.

Apa-apa pun itu sekadar beberapa cadangan yang saya fikir sebagai pro dan kontra pelaksanaan dinar emas ini. (ada banyak lagi cadangan tetapi cukuplah setakat ini sebagai pembuka fikiran)

Hakikat

“Kenapa Kelantan tidak menggunakan dinar emas sebagai transaksi harian?”

Walaupun dalam Akta Bank Pusat 1958 terdapat ruang-ruang yang boleh dipertimbangkan penggunaannya, namun Perlembagaan Persekutuan (rujukan utama perundangan) tidak membenarkan  mana-mana kerajaan negeri memutuskan sesuatu yang ‘dasar’ digunakan di dalam negeri tanpa persetujuan dari kerajaan pusat.

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada pelaksanaan ‘hudud’, ia tidak boleh dilaksanakan selagi mana ia tidak dapat persetujuan di peringkat pusat.

Nah! terbuktilah siapa yang mahu dan siapa yang tidak mahu.

Fikir-fikirkanlah bersama.

-abuawfa-

2 thoughts on “Dinar Emas

  1. Ingat lagi, takkan tak ingat. Article ni suami ustazah yang tulis. Boleh je, no problem.

  2. Assalamualaikum wbt

    apa khabar ustazah? igt pada saya lg? anak murid mengaji ustazah🙂

    ana minta izin utk dicopy and paste utk dikongsi dengan sahabat lain ye.

    jzkk.
    wassalam

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s