Jauh Perjalanan Luas Pandangan

IMGP7159Fuhh! tidak disangka perjalanan semalam (Ahad, 7 Jun 2009) adalah satu perjalanan yang paling lama pernah saya lalui sejak saya mengambil lesen memandu sekitar tahun 1992.

Perjalanan 12 jam daripada Batu Pahat ke Ulu Tiram, Johor Bahru dan kemudian ‘mendaki’ ke Utara, Lembah Beringin.

12 jam perjalanan dengan pelbagai kerenah jalan raya yang kekadang mengundang beberapa persoalan yang mungkin pelik tapi benar.

Apa yang pasti, kami bertolak ke Ulu Tiram jam 10.10 pagi (waktu jam tangan saya) dan sampai ke rumah (Lembah Beringin) sekitar 10.20 malam (sekali dengan berhentiĀ  beberapa ketika diĀ  dua tiga R&R).Fuhh! memenatkan. Continue reading