Jauh Perjalanan Luas Pandangan

IMGP7159Fuhh! tidak disangka perjalanan semalam (Ahad, 7 Jun 2009) adalah satu perjalanan yang paling lama pernah saya lalui sejak saya mengambil lesen memandu sekitar tahun 1992.

Perjalanan 12 jam daripada Batu Pahat ke Ulu Tiram, Johor Bahru dan kemudian ‘mendaki’ ke Utara, Lembah Beringin.

12 jam perjalanan dengan pelbagai kerenah jalan raya yang kekadang mengundang beberapa persoalan yang mungkin pelik tapi benar.

Apa yang pasti, kami bertolak ke Ulu Tiram jam 10.10 pagi (waktu jam tangan saya) dan sampai ke rumah (Lembah Beringin) sekitar 10.20 malam (sekali dengan berhenti  beberapa ketika di  dua tiga R&R).Fuhh! memenatkan.

‘Kenari’ku bukan burung kenari

Sudah menjadi kelaziman jika pemanduan yang lama melebihi 1-2 jam pasti akan mengundang kepenatan dan keletihan. Saya juga tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa berkenaan.

Terpaksa melayan 2 karenah makhluk ciptaan Allah iaitu kerenah anak-anak saya yang menjadikan kereta saya seperti ‘ruang tamu’ yang luas dan kerenah pemanduan kereta-kereta lain di jalan raya.

Kerenah Ahmed Fawwaz dan Ahmed ‘Ulwan terpaksa ditelan manakala keranah jalan raya yang sudah dilebarluaskan menjadi 3 ‘lane’ yang besar ini pula menjadi tanda tanya: “Kenapa masih ‘jam’ ?”

‘Jam’ di lebuhraya Senawang dan Seremban amat memeritkan, dan perkataan ‘kereta terbang’ sering menjadi igauan. Kalaulah ada, alangkah bahagianya. Tapi apakan daya tidak ada kuasa. 

Kenariyang saya pandu tidak mampu terbang melebarkan sayapnya untuk mengelak ‘jam’ bikinan manusia.

Apa yang saya lihat ialah:

a. Rakyat Malaysia sememangnya tidak berdisiplin semasa pemanduan kerana lorong kecemasan ‘dibantainya’ jadi satu lagi jalan. Semua orang tidak mahu kesesakan, bukan mereka sahaja hendak cepat, orang lain pun hendak cepat. “Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.”

b.Kereta-kereta ‘hebat’ tersadai di tepi jalan. Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami yang dalam kesesakan pada ketika itu. Kalau hendak dibandingkan kereta kami dengan kereta yang ‘tersadai’ di tepi jalan memang terlalu jauh bezanya.

Kenari yang kami naiki hampir 7 tahun usianya tetapi kereta yang terpaksa dibantu baiki adalah jauh ‘muda’nya daripada kereta kami seperti Mercedes, Honda CRV (new edition), jauh bak langit dan bumi. Alhamdulillah, ternyata Kenari amat berbakti.

Marilah Bersolat, Marilah Menuju Kejayaan

Perkara yang penting dalam perjalanan jauh selain kondisi kereta ialah solat.

Alhamdulillah, setiap R&R yang dilalui mempunyai musolla yang amat baik penjagaannya. Cuma yang menjadi persoalannya ialah tentang bagaimana hendak mendirikan solat.

“Solat je lah.”

Benar! tetapi soalannya hendak 1 ke 27.

Perkara ini sudah lama saya perhati, namun tidak mendapat penyelesaian dan hati yang lemah sentiasa pasrah dengan keadaan.

Ramai yang suka solat bersendirian kerana hendakkan ‘kecepatan’ barangkali, mungkin kalau boleh 2,3 minit sudah cukup memadai berbanding dengan hal dunia untuk jam yang berbaki.

Ramai juga yang suka solat sebelakang dan setepi mungkin, untuk mengelak daripada menganggu perjalanan jemaah lain mungkin.

Serba salah dibuatnya, memang ramai yang ‘masbuq’ tetapi alangkah baiknya jika dapat mencari ‘imam’ yang bersesuaian untuk dijadikan imam. 

Tidak kiralah samada imam yang mengimami tadi jama’ atau tidak. Persoalannya ialah berjemaah.

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Memang benar pepatah menyebutkan jauh perjalanan, luas pandangan.

Pandangan yang saya maksudkan ialah dari sudut berfikir dan mungkin pengalaman zahiriah dan batiniah kita sendiri.

Saya lebih ke arah berfikir.

Saya dapat rasakan perjalanan yang panjang ini juga memberikan hikmah yang beribu kerana banyak perkara yang berserabut di dalam kepala ini seakan-akan selesai setelah sesi perbincangan spontan dalam kereta.

Ia juga seakan proses ‘defragmentation’, seolah-olah memberi ruang untuk kita menyusun semula fail-fail yang tidak tersusun itu untuk disusun semula.

Alhamdulillah, insyaallah ‘fail-fail’ itu kini telah tersusun.

Perjalanan yang ‘nun jauh’ ini juga menguji kesabaran kita sebagai hambanya dalam proses melayani kerenah anak-anak di dalam kereta apatah lagi anak-anak itu adalah ‘hero-hero’ belaka.

Perasaan marah itu ada dan memang kekadang terhambur juga kemarahan itu, tetapi sebenarnya ia adalah proses menapis perkataan kita dalam menjawab dan melayani kerenah kanak-kanak ini. 

Proses pentarbiyahan itu dimana-mana sahaja dan pelbagai serta tidak semestinya dalam bentuk yang formal. Allahua’lam.

cacatan perjalanan abuawfa dan keluarga

2 thoughts on “Jauh Perjalanan Luas Pandangan

  1. catatan yang menarik…
    1. kami sekeluarga juga kekadang selalu fikirkan hal kereta terbang tu. Anak2 siap wishing ada doeramon untuk come up with idea untuk lari dari traffic jam…

    2. hal solat di r&r memang selalu jadi topik discussion saya dan suami sebab setakat ni tak pernah ada yang nak berjemaah jika diajak dengan pelbagai alasan. yang lelaki ok sikit. yang perempuan lagi la teruk… tak tau kenapa. ke mereka majoriti di luar sana tak tau sembahyang berjemaah? mungkin flier atau notis bagaimana solat berjemaah patut di tampal di surau2 kecil di mana2 termasuk r&r. mari kita suruh anak2 usrah kita di al amin buat projek ni…

    3. lastly, part ‘susun fail’ tu memang betul! ha ha

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s