Kem Aulad 1

soleh“Enta tau tak apa anak kita buat waktu cuti-cuti ni.” akhi Yusof menyoal.

“Emph..budak-budak ni tengok TV je, takde benda lain..kalau ada Astro..611,612 sampailah 615..tu je la yang dipicit-picitnya, padahal kartun tu dah diulang-ulang berpuluh-puluh kali.” balas saya menyambung cerita.

“Ni kita tinggal seminggu ni cuti sekolah, kena buat ‘something’ la kat budak-budak ni.” sambung akhi Yusof.

Perbualan ini berlaku sewaktu menunggu habisnya usrah ‘student’ kolej di Surau As Saad pada hari Khamis malam Jumaat lalu (minggu pertama cuti persekolahan).

Memang banyak perkara yang kami rancang sebelum ini untuk kariah Surau As Saad. Dek kerana masih baru mendiami kariah ini, perkara-perkara seperti ini banyak dirancang sahaja tanpa ada tindakan susulan.

Tetapi kali ini setelah jawatankuasa surau 2009 baru sahaja dilantik, dan saya juga termasuk dalam ‘committee’ surau ini, maka idea-idea yang sebelum ini dirancang dilaksanakan tanpa banyak persoalan walaupun cuti persekolahan hanya berbaki seminggu sahaja lagi.

“Takpe, kita buat je..yang penting kita dapat kumpulkan anak-anak kita dalam program ni.” respon saya optimis dengan program yang bakal dilaksanakan ini.

‘Ad-Hoc’

Alhamdulillah, ‘committee’ yang diwujudkan sebenarnya terlalu ‘ad-hoc’. Saya, akhi Yusof dan akhi Mahathir sahaja yang benar-benar boleh menyumbangkan komitmen 100% untuk program ini. Yang lain-lain terikat dengan waktu kerja dan sebagainya.

nota untuk dai“Ini kalau apa-apa berlaku kat kita ni, mampuihh program ini.” saya cuba melawak dan disambut dengan senyuman-senyuman ceria ‘committee’ yang lain.

Apa yang seronoknya, kesemua kerja yang diagih-agihkan adalah berdasarkan pengalaman kerja masing-masing.

Mujurlah, akhi Mahathir sememangnya banyak pengalaman mengendalikan program seperti ini. Jadi banyak modul-modul berat diselia olehnya.

“Kem ni bukan nak memotivasi budak-budak ni jadi cemerlang dalam pelajaran, tapi nak tarik diorang ingat perkara apa yang patut diutamakan.” jelas akhi Yusof.

“Diaorang ni tahu siapa Nabi Muhammad, tahu Allah..sahabat-sahabat tapi diorang lebih minat kat naruto, hagemaru, shin-chan, ben-10..banyak lagi lah, tu yang kem ni penting ni..kita tarik mereka dalam keadaan santai dan menyeronokkan.” tambahnya lagi. 

Fasilitator pun diambil ‘last minute’, mengikut kelapangan ‘student’ pada waktu-waktu tertentu. Perancangan nampak macam kelam-kabut tetapi alhamdulillah Allah permudahkan.

Banyak benda yang dijadualkan, kebanyakkannnya dibuat dan di’plan’ pada malamnya. Maka tidur kami semuanya sekitar 3/4 jam sahaja untuk program berkenaan. (komitmen saya juga dipermudahkan, semua kertas soalan peperiksaan sem. 1 siap ditanda pada awal minggu cuti persekolahan)

Tidak mampu

Satu slot pada hari kedua, di awal pagi adalah slot yang berat kerana ia tidak melibatkan ‘games’ tetapi memerlukan interaksi dengan peserta-peserta.

babySlot itu bertajuk ‘Sayang Ibu, Sayang Ayah’, saya mengambil tanggungjawab itu kerana berasakan ianya sangat menarik untuk saya berdialog dengan para peserta. Dengan bantuan ‘power point’ yang baik, saya beranggapan yang saya berkemampuan untuk mengendalikannya.

Namun, setelah  beberapa paparan yang dibuat beserta dengan lagu dan tayangan ‘power point’ berkisar tentang Ibu dan Ayah..saya menjadi sebak dan seakan tidak mempu meneruskannya.

“Alamak, aku pulak yang nak menangis nih..aduh takkan nak menangis depan bebudak nih.” monolog saya.

Dipendekkan cerita, saya gagal membawa slot itu dengan berkesan kerana saya tak mampu menghuraikan dengan lebih lanjut dan baik dek kerana emosi yang agak sensitif dengan slot berkenaan.

“Lepas ni, ana tak nak bawak slot yang macam ini..ana yang banyak nak menangis dari budak-budak ni.”aju saya kepada akhi Yusof.

Slot yang paling menarik

Slot ‘Kembara Malam’ adalah (pada pandangan) adalah slot yang paling menarik kerana peserta di bawa berjalan pada waktu malam ke kawasan gelap sekitar kolej untuk menghayati sirah nabawiyyah.

Mereka perlu melepasi rintangan-rintangan yang telah dirancang (semuanya ‘last minute’) sebelum berkumpul di tempat yang dijanjikan.

Macam-macam perangai yang kelihatan, dek takut dengan kegelapan, ada yang risau dan menangis kerana ketakutan.

“Lepas ni semua akan diletakkan seorang demi seorang di sepanjang sungai di luar.” gertak saya kepada kumpulan awal yang sampai.

“Ahhh! tak nak lah.” respon mereka dan ada yang menangis ketakutan.(umur meraka kebanyakannya sekitar 8-11 tahun)

Pada saya, ini semua peranan media yang sibuk menayangkan cerita-cerita tahyul dan seram, menjadikan minda dan perasaan meraka takut bukan kerana takutkan Allah tapi takutkan ‘hantu’ si hamba Allah.

Setelah semua kumpulan berkumpul di kawasan gelap yang hanya diterangi dengan beberapa ‘lampu ayam’ sahaja, maka bermulalah lakonan sirah nabawiyyah yang amat menarik pada pandangan saya.

Bermula dari detik Rasulullah di Mekah hingga ke Madinah..semuanya berjalan lancar. Saya berperanan sebagai tukang ‘narrator’ yang memainkan peranan mewujudkan suasana seperti sirah itu benar-benar wujud di hadapan meraka.

Walaupun ‘script’nya di buat pada malam berkenaan,namun alhamdulillah ia tetap berjalan dengan lancar.

“Aku tidak tahu, kenapa kamu boleh menerima ajaran Muhammad tu..lihat apa dah jadi dengan si Bilal, asyik mengucapkan ‘ahad,ahad,ahad’..jika kamu tidak mahu jadi sepertinya..akuilah al Latt dan al Uzza sebagai tuhanmu…cakap-cakap.” teriakan akhi Mahathir berlakon sebagai pembesar Quraisy menghidupkan suasana.

Apa yang menariknya, ada peserta yang menjawab dengan penuh semangat “Taaak..Allaaaahh.”

Saya pun menjadi terkejut dengan jawapan spontan peserta berkenaan tanpa dirancang dan tiada dalam ‘script’. Ini bermakna mereka menjiwai kisah lakonan berkenaan. Alhamdulillah.

Kem Aulad

Begitulah, sekitar Kem Aulad yang baru sahaja menutupkan tirainya sedari 9 Jun hingga 11 Jun lalu. Tidak banyak yang boleh dicapa, ini adalahprogram  sulung anjuran Surau As Saad semenjak 12 tahun penubuhannya di Lembah Beringin ini.

Walaupun kominiti di sini terkawal tetapi tidak mustahil mereka juga terdedah dengan unsur-unsur negatif yang melalaikan.

Al Imam Al Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumuddin : Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya (buruk) maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa (seolah-olah mereka tidak mengetahui). Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak  tadi tidak membuang keburukannya itu…

Program ini adalah program yang menitik beratkan konsep sayang dan menyayangi terutama kepada Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa.

Komuniti masyarakat yang baik ialah komuniti yang saling berperanan terutama dari keluarga, jiran-jiran dan seterusnya masyarakat.

Anak yang dididik dengan didikan yang soleh belum tentu dapat bertahan lama kesolehannya jika anak-anak jiran mereka tidak dididik  sedemikian rupa.

Maka komuniti yang stabil ialah komuniti yang saling ingat-mengingati dan saling bantu-membantu memperbaiki dan diperbaiki anatara satu sama lain. Allahua’lam.

-abuawfa-

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s