Dinar Emas 2

 
pembayaran ufti bentuk moden
pembayaran ufti bentuk moden

Situasi di lebuhraya

Kisah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di lorong tunai. 

“Assalamualaikum.” ucap si jurutol.

“Waalaikum salam.” jawab si pemandu.

Serentak dengan itu si pemandu memberikan tiket kepada si jurutol.

Terpapar jumlah bayaran yang perlu si pemandu tadi jelaskan iaitu RM20.30.

Lantas si pemandu tadi mengeluarkan satu karung syiling 5 sen  sebanyak RM20 dan sekeping syiling 20 sen serta sekeping syiling 10 sen.

Terkejut ‘badak’  si jurutol menerima habuan sebanyak itu.

Hak Pengguna vs Hak Jurutol

Langkah yang logik mungkin diambil ialah:

1. “Encik, maaf ya..tak sempat saya nak kira syiling yang banyak ni encik..samada cukup atau tidak..takut tak sempat.” dengan senyuman serba salah demi menjaga hati si pemandu.

2. “Woo! encik ni tauke duit syiling ke encik, tak dapek den nak ngigho..banyak bona ha.” lawak jurutol kebengangan.

3. ” Encik! ada duit kertas tak..mudah sikit saya nak kira.” menyeringai tidak tahu nak buat apa.

Kemungkinan ini adalah langkah spontan yang sopan atau agak sopan yang boleh dilakukan oleh si jurutol tetapi dari sudut perundangan si pemandu itu bersalah dan si jurutol yang ‘celik’ undang-undang sebenarnya boleh menolak pemberian syiling berkenaan kerana wang atau syiling tadi menjadi tidak sah (dalam istilah lain ‘tidak laku’).

Kenapa?

Menurut Akta Bank Negara Malaysia-legal tender (wang sah) 24 (2)(c) menjelaskan bahawa pembayaran yang menggunakan syiling kurang daripada 50 sen (sen 1,5,10 dan 20) hanya sah atau laku jika ia tidak melebihi  RM2 sahaja.

Legal tender : 24 (2) coins issued by the Bank shall, if such coins have not been  tampered with, be legal tender in Malaysia at their face value –

(c) for the paymeent of an amount not exceeding two ringgit in the case of coins of the denomination of less than fifty sen.

Penggunaan ‘token’

Pusat-pusat permainan di kompleks membeli belah lazimnya menggunakan ‘token’ sebagai alat perantaraaan untuk pengguna bermain permainan yang disediakan.

‘Token’ ini hanya sah setakat kawasan pusat perminan itu sahaja.

Begitulah juga halnya dengan penggunaan wang sah yang digunakan oleh rakyat Malaysia iaitu RM (ringgit Malaysia). Ia hanya sah di Malaysia sahaja, tidak di Thailand atau di UK barangkali. Perlu ditukar kepada matawang tempatan mengikut kadar pertukaran semasa.

Begitulah juga kisahnya dengan dinar emas.

Mengikut Akta Bank Negara 1958 (akta 519) 24 (1) menyatakan wang sah (legal tender) ialah :

Notes issued by the Bank shall, if such notes are not defaced, be legal tender in Malaysia at their face value for the payment of any amount.

Sambungannya pada 24 (3) menyatakan :

Notwithstanding subsection (1) and (2) the Bank shall have power, on giving not less than three month notice in the gazette of its intention to do so, to call in any of its notes and coins on payment of the face value thereof; and any such notes or coins with respect to which notice has been given under this subsection shall, on the expiration of the notice, cease to be legal tender.

Di sini, kuasa yang ada pada Bank Negara adalah luas dalam bidang kuasanya untuk memberhentikan pengeluaran wang sah atau membenar serta tidak membenarkan matawang itu menjadi wang sah atau pun tidak.

Ulasan

Jelas di sini, terdapat ruang dan peluang untuk dinar emas menjadi medium pertukaran semasa namun kajian ini belum boleh dianggap selesai selagi tidak merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini akan terbatal jika sekiranya ia didapati bertindan dengan  perlembagaan persekutuan yang memisahkan tadbirkuasa persekutuan dan juga negeri.

One thought on “Dinar Emas 2

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s