Aku Keturunanmu..

Tengah hari itu, sambil menikmati hidangan tengah hari sendirian di rumah saya memilih untuk menekan butang 702 Hallmark Channel. The Oprah Winfrey Show tika itu telah 15 minit bermula. Hari ini, topik menarik. Sperm donation. Perkara yang dikupas dalam rancangan ini antaranya ialah tentang apakah tujuan sebenar seorang penderma sperma serta perasaan yang dilalui dalam kehidupan seorang anak hasil pendermaan sperma. Itu segmen yang saya sempat lihat.

Seorang penderma mengatakan bahawa ia melakukan demikian kerana rasa terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan sperma bagi mendapatkan zuriat sendiri. Perbuatan ini menimbulkan rasa kepuasan dalam dirinya kerana berkhidmat untuk kebajikan orang lain, katanya.

Seorang anak hasil pendermaan sperma pula tercari-cari siapakah bapanya yang sebenar. Hasil pencariannya sendiri akhirnya dia berjaya menemui seorang adik perempuan dari penderma yang sama. Namun, dia masih tidak berhasil untuk mengetahui siapakah sebenarnya ayahnya? Apa yang menggerunkan lagi ialah berkemungkinan dia mempunyai puluhan atau ratusan lagi adik-beradik dari ayah yang sama!

Kehidupan seorang anak hasil pendermaan sperma menyebabkan dirinya sentiasa rasa terasing dari keluarga dan masyarakat. Hal itu sangat dirasakannya kerana dia tidak mengetahui asal usul keturunannya sendiri. Oleh itu dia memilih untuk hidup mengembara dan cuba memahami kehidupan asing yang ditemuinya. Tetapi, ia gagal. Gagal untuk menyesuaikan diri dengan orang lain kerana dia sendiri tidak dapat menyesuaikan diri dengan dirinya sendiri. Kasihan.. Bak haiwan bukan? Beribu tidak berbapa.

Kisah-kisah tersebut adalah kesan sebenar dari pengharusan pendermaan sperma di negara-negara barat sejak 2 atau 3 dekad yang lalu. Tuntutan keperluan sperma ini adalah kerana berkembangnya unit single mother atau ibu tunggal serta berleluasanya golongan lesbian kesan pengiktirafan negara-negara tersebut terhadap golongan tersebut. Itulah haru birunya masyarakat dan manusia akibat lari daripada fitrah sebenar lelaki dan wanita yang Allah ciptakan.

Buat rakyat Malaysia yang berfikiran liberal, ambillah iktibar. Golongan homoseksual jadian tiada tempatnya di dunia ini dan tidak perlu diberi pengiktirafan. Tetapi mereka perlu rawatan. Agar umat manusia nanti tidak menjadi seperti haiwan, membuat anak langsung dibiarkan tanpa pengenalan. Begitulah juga Allah terang-terangan mengatakan zina harus dijauhkan! Kerana kesannya membunuh umat secara diam dan perlahan-lahan.

Islam sangat mementingkan dan memelihara nasab dan keturunan. Sesuatu keturunan itu dinisbahkan kepada bapanya. Maka bapa bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari segi mendapat nama, tetapi ia memaksudkan lebih mendalam daripada itu. Pada nama bapa ada tanggungjawab yang maha besar yang perlu ditunaikan. Pada nama bapa juga tertera kemuliaan atau kehinaan. Padanya juga tergambar perlindungan dan keselamatan. Padanya juga tercurah kasih sayang dan perhatian.

Cuba anda bayangkan seorang anak hasil perbuatan zina (termasuk anak penderma sperma tadi);

-tahukah dia siapakah bapanya yang sebenar? Keturunannya daripada manakah?

-Mungkinkah dia mendapat hak yang sepatutnya diterima olehnya kesan penunaian tanggungjawab seorang bapa?

-Mungkinkah timbul rasa mulia di dalam dirinya jika dia sendiri tidak mengetahui asal usulnya?

-Siapakah lagi yang mampu memberikan perlindungan dan rasa selamat terhadap dirinya, begitu juga dengan kasih sayang?

Jawablah sendiri. Anda pasti ada jawapannya. Akhirnya manusia ini akan lahir dan berkembang dengan fizikal yang rapi tetapi jiwanya kontang. Ya, keberadaan dan peranan seorang bapa sangat sangat penting. Peranan sebenar seorang bapa telahpun ditunjukkan oleh para anbiya’ iaitu mewariskan anak dan keturunan yang memiliki iman dan berpegang kukuh pada tauhid. Lihat sahaja nabi Ibrahim mampu mewariskan anak yang tinggi taqwanya kepada Allah sehingga beliau sendiri menyuruh bapanya menyembelih dirinya. Nabi Yaakub mewarisi nabi Yusuf.

Namun iman tidak dapat diwarisi begitu sahaja. Ia perlu kepada latihan dan kebiasaan ataupun kata lainnya tarbiyyah. Tarbiyyah yang istiqamah hasil sentuhan seorang bapa mampu menggegar dunia, bukan hanya tangan ibu yang menghayun buaian sahaja. Tangan bapa lebih kuat lagi.

Justeru, ucapan untuk para bapa sempena Hari Bapa ini, jadikanlah anak cucumu berbangga kerana menjadi keturunanmu.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s