Tidak Perlu Pembantu Rumah

Sehubungan dengan kes-kes penderaan terhadap amah Indonesia baru-baru ini serta kes-kes yang terdahulu (Kes Nirmala Bonat paling saya ingat), pihak kerajaan Indonesia berura-ura hendak menghentikan penghantaran amah atau pembantu rumah ke Malaysia. Perkembangan ini tentunya menimbulkan pelbagai reaksi daripada pihak yang terlibat secara langsung dengan amah ini seperti agen-agen dan PAPA (Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia) yang menaungi agen-agen secara keseluruhan.

Namun sebagai seorang individu, adakah pembantu rumah ini diperlukan?

“Saya seorang doktor gigi, juga sebagai seorang pensyarah serta ibu kepada 5 orang anak(tidak ingat angka sebenar, tetapi yang pastinya ramai), tidak pernah mempunyai pembantu rumah. Saya menyusukan kesemua anak saya secara eksklusif sehingga mereka berumur 2 tahun. ” Kata-kata itu masih segar segar dalam ingatan saya. Ayat-ayat yang diekspresikan oleh Dr. Rahimah seorang doktor gigi dan pensyarah Universiti Malaya dalam satu seminar ketika saya menuntut di UM beberapa tahun dahulu.

Mengapa saya masih ingat ungkapan beliau? Kerana ia menimbulkan kekaguman pada diri saya lantas memberikan dorongan kepada saya untuk melakukan perkara yang sama. Nah, justeru dalam tulisan kali ini saya menyatakan bahawa amah tidak perlu.

Saya berpendapat amah tidak perlu apabila;

– anda adalah seorang isteri yang bekerja office hour dan mempunyai anak/ramai anak.

-anda adalah pekerja yang hanya perlu mengikuti kursus dalam kekerapan ‘jarang-jarang’.

-anda bekerja syif, begitu juga suami anda.

Situasi-situasi di atas mungkin mewakili sebahagian besar wanita yang bekerja di Malaysia, pada pandangan saya.

Jadi, bagaimana pula untuk melaksanakan bebanan dan tanggungjawab tersebut tanpa kehadiran amah di sisi?

-Pengurusan dan perancangan yang cekap sangat penting. Pengurusan yang baik akan melahirkan individu yang progresif dan sentiasa menghargai masa yang ada padanya. Dari hal ehwal memasak, membasuh, menyediakan keperluan anak, melipat dan menggosok pakaian dan semuanya perlu kepada sistem yang memerlukan kecekapan, fleksibeliti dan praktikaliti. Lagipun, zaman sekarang ini semua kerja-kerja rumahtangga dibantu oleh teknologi dan bukannya macam pada dekad-dekad terdahulu. Jadi, tiada masalah sebenarnya.

Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang beranak 7 dan suami bekerja jauh dan tidak tinggal bersamanya. Namun dia mampu menyediakan makanan tengah hari sendiri untuk anak-anaknya setiap hari walaupun dia juga bekerja! Kagum bukan? Dia bangun seawal 4.30 pagi untuk kerja-kerja tersebut.

-Hantar anak ke nurseri atau pengasuh yang anda percayai. Sebaiknya nurseri ini bersifat accessable dan anda boleh datang pada waktu tengah hari untuk menyusukan anak anda. Juga perkhidmatan transit bagi anak-anak yang bersekolah pagi dan petang cukup penting jika rumah anda jauh dari tempat kerja.

-Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting terutamanya suami. DI zaman wanita bekerja ini tiada lagi istilah suami balik rumah minta kopi goyang kaki. Suami juga sangat perlu membantu isteri agar pengurusan rumahtangga dapat berjalan dengan sempurna. Perbincangan dan perancangan awal perlu disusun agar persiapan awal dapat dilakukan. Begitu juga dengan pembahagian tugasan perlu dibuat berdasarkan kemampuan dan kecenderungan pihak suami.

Dalam situasi ini jugalah sebenarnya konsep tanggungjawab perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Anak-anak yang dilazimi dengan tanggungjawab sejak kecil akan mudah bekerjasama dengan ibu bapa apabila mereka menjadi remaja dan dewasa kelak. Tidaklah segalanya terbeban pada bahu ibu bapa meskipun anak perempuan sudah mencapai umur 17 tahun tetapi tidak tahu dan tidak mahu melakukan sebarang kerja rumah. Ibu bapa tersebut gagal di sini.

Walau bagaimanapun, jika anda menjaga ibu bapa yang sakit atau uzur, syif yang tidak menentu seperti doktor, ataupun anda tidak dapat mencari nurseri yang sesuai bagi anak anda yang OKU, saya sarankan anda mengambil pembantu.

Yang penting, pastikan tanggungjawab terlaksana dan rumahtangga terpelihara. Suami yang mampu menyara keluarganya tanpa bantuan isteri adalah lebih baik. Isteri mempunyai tanggungjawab yang berat dan tidak berkesudahan di rumah serta menguruskan anak-anak. Kadangkala kehadiran amah dalam rumahtangga banyak mengundang bala daripada memudahkan kerja. Privacy dalam rumahtangga juga sedikit terjejas dengan kehadiran orang lain (pada saya). Justeru, tidak perlu pembantu rumah!

Be independent.

2 thoughts on “Tidak Perlu Pembantu Rumah

  1. Lain orang lain situasinya. Saya hanya men’generalisasi’kan artikel ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Anyway, without no doubt Dr. Rahimah was inspired me deeply..
    Saya tunggu apa yang bakal muncul nanti.😉

  2. bravo! saya ingin cuba..tapi saya tak tahu saya mampu atau tidak… manfaatnya sangat banyak… cuma mungkin jika pun saya ambil – ia adalah helper yang datang pada waktu melakukan kerja2 remeh dan pulang ketika isi keluarga sudah berada di rumah… kita tengok apa yang muncul nanti…🙂

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s