Tahu Baca Tahu Makna?

Pernahkah anda membaca sebuah buku dengan fasih dan lancar, tetapi anda tidak faham sepatah haram pun perkataan mahupun ayat yang anda tuturkan itu?

Bayangkan juga anda fasih membaca sebuah novel bahasa Inggeris, tetapi anda tidak tahu cerita yang terkandung di sebaliknya kerana anda tidak memahami maknanya. Pelik dan kasihan bukan?

Namun, itulah realitinya masyarakat Islam hari ini kecuali orang Arab, yang begitu fasih membaca al-Quran tetapi  tidak tahu langsung apa kandungan bacaannya. Sedari kecil kita dididik untuk tahu ‘membaca’ al-Quran, tetapi tidak memahaminya. Akhirnya jadilah kita insan yang membuta tuli tahu membaca tetapi buta akan maksudnya.

Sikap membuta tuli dan salah faham inilah yang akhirnya menyebabkan seseorang itu berasa dia sudah menepati ciri-ciri seorang Muslim dengan hanya tahu membaca al-Quran.Tidak hairanlah Noraishah Bukhari dan Harlina menjadi murtad walaupun mereka menghafaz surah Yasin. Rupa-rupanya bacaan itu tidak memandu hati langsung melainkan hanya sebagai unsur penerapan budaya semata-mata.

Seterusnya, apabila telah khatam al-Quran, keraian akan dilakukan menandakan bahawa kita sudah cukup syarat untuk menjadi Muslim sebenar dan kebiasaannya bagi lelaki inilah (khatam al-Quran) syarat sebelum mereka dikhatankan. Perlu khatam sebelum khatan!

Lagi, jarang sekali dalam masyarakat kita berlaku kelas Tafsir al-Quran bagi kanak-kanak. Ataupun rancangan televisyen memahami intipati al-Quran bagi kanak-kanak. Yang ada Mari Mengaji dan Mari Bertarannum. Mungkin stesyen TV perlu berlumba-lumba pula untuk menerbitkan rancangan Mari Memahami Al-Quran selepas ini.

Selain itu, guru-guru ataupun sinonim dengan ustaz atau ustazah yang mengajar al-Quran di sekolah, di rumah-rumah juga sewajibnya menekankan aspek makna dan kandungan ayat al-Quran setelah melatih tubi pelajar untuk tahu membacanya. Jika adapun diperkenalkan dengan Tafsir al-Quran ini hanyalah apabila mereka di sekolah rendah atau menengah. Pada saya masa tersebut telah terlambat.

Bagi saya sendiri sebagai seorang ibu, saya masih merasakan bahawa begitu sedikit sekali saya menterjemahkan al-Quran kepada anak saya apabila mengajarkan mereka mengaji. Saya perlu berubah daripada mentaliti biar sedikit asal lancar kepada biar sedikit asal faham. Ya, perlu berubah kita semua. Baik ibu bapa, ustaz ustazah perlu mengubah metodologi pendidikan al-Quran yang telah sebati dalam hidup kita sejak kecil. Kita tidak sedar ia berlaku. Impaknya, kita membuta tuli membaca al-Quran tanpa tahu apa-apa akan maknanya.

Justeru, secara teknikalnya untuk mencapai ke arah tahu itu pastikan anda membaca al-Quran beserta tafsirannya di sisi. Pastikan juga tika anda mengajar anak-anak membaca al-Quran, maksudnya wajib diberi. Mudah-mudahan pemahaman yang berdikit-dikit ini akan mampu mencerahkan hati yang suci itu begitu juga hati yang mati ini.

Ingatlah perumpamaan Allah Taala dalam surah al-Jumuah:5;

“Bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Tafsir atau ulasan yang diberikan olah Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam Tafsir al-Munir, orang-orang Yahudi yang meninggalkan ajaran Taurat selepas mereka dipertanggungjawabkan untuk mengamalkannya adalah ibarat keldai yang memikul kitab-kitab besar. Ia tidak dapat membezakan antara kitab dengan baja tanaman. Ini kerana keldai memang tidak berakal. Sekalipun Yahudi adalah manusia yang berakal namun mereka tidak memanfaatkannya untuk kebaikan mencari kebenaran kerana mereka hanya menghafaz perkataan sahaja tetapi tidak memahami apatah lagi mengamalkan tuntutannya. Keadaan manusia ini lebih jelek lagi daripada keldai!

Kitalah itu.. Justeru, berubahlah menjadi manusia yang berakal kembali..

Tahu baca, tahu makna, tahu buat.

3 thoughts on “Tahu Baca Tahu Makna?

  1. From my own personal experience, I understand only small parts of surahs.

    yeah, this is why I think Malaysia should start emphasizing the importance of Arabic language. It is shameful that we, Malaysia have led the OIC yet most of our people do not understand the Holy Quran.

    If we can understand them, I bet there would be less socially unaccepted culture in Malaysia.

    Practising Islam does not mean that our country will go backward. Islam encourages us to move forward, and Islam is a universal religion. It is suitable for any era or generations.

    Islam should be practised in the modernised world, and in the future worlds to come.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s