Keranaku Atau KeranaMu?

Sambil memegangnya saya bertanya kepada ‘Ulwan, “Kerana apa gigi ‘Ulwan rongak?”

Dengan spontan anak ini menjawab, “…kerana Allah Taala..”. Sambil tersengih menunjukkan giginya yang separuh sempurna itu. Terkekeh-kekeh ummi dibuatnya dengan jawapan itu tadi. Begitu juga dengan abi. Inilah jenaka yang tulus mulus tetapi berisi.

Persoalannya, benarkah gigi ‘Ulwan rongak kerana perbuatan Allah Taala?

Untuk mencari jawapan sebenar sama ada manusia atau Allah yang menentukan pilihan baik atau buruk, beberapa pemikir Islam telah membincangkan topik ini pada awal abad ke-2H. Perbincangan ini menyebabkan timbulnya firqah atau kumpulan yang dikenali dengan nama Muktazilah, Jabbariyah dan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Pada kesempatan ini saya tidak akan mengulas tentang aliran-aliran ini. Insya Allah di post yang lain.

Secara ringkasnya, menurut ahli Sunnah wal Jamaah qadha’ dan qadr pada hakikatnya adalah ketentuan Allah terhadap manusia sama ada baik atau buruk. Rezeki, umur dan kejadian masa kini dan di hadapan semuanya telah diputuskan Allah menurut hukum qadha’ dan qadr dan telah tersurat nyata di Luh Mahfuz.

Allah mengetahui qadha’ dan qadr yang ditentukannya, tetapi manusia tidak mengetahuinya. Hal ini kerana ilmu Allah sangat luas dan tidak terbatas. Sedangkan ilmu manusia sangat sempit dan terbatas sifatnya. Jika seseorang memilih jalan kufur dan maksiat maka ia tidak boleh menyalahkan qadha’ dan qadr yang tidak diketahuinya, hakikatnya dirinya sendiri yang bersalah.

Siapakah yang memberitahu bahawa dirinya telah ditakdirkan sesuatu sehingga ia tidak boleh mengubahnya? Apa yang diketahuinya ialah dirinya bergerak dan berakal, mencari sesuatu dan memilih sesuatu. Biarlah Allah mengetahui sesuatu dengan ilmunya, tetapi kita tetap bertindak dengan ilmu kita sendiri yang terbatas ini.

Allah tidak pernah menyatakan seseorang dimasukkan ke syurga atau neraka kerana qadha’ dan qadar, tetapi kerap dinyatakan bahawa ke syurga atau neraka adalah kerana amalan yang dilakukan oleh manusia ketika di dunia.

Namun harus diingat, Allah berhak dengan sepenuhnya terhadap segala sesuatu. Jika dikatakan jadi maka jadilah begitu juga sebaliknya. Tiada siapa berhak mempersoalkan keputusanNya. Yang pasti Allah tidak mungkin akan mungkir janji. Janji bahawa hamba yang soleh tempatnya di syurga, yang toleh tempatnya di neraka.

Al-Ra’du ayat 11 yang bermaksud;

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. “

Surah Yaasin ayat 81-83 yang bermaksud;

“Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.  Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

2 thoughts on “Keranaku Atau KeranaMu?

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s