“Abang Ayah, Adik Abang”

Picture 062

Tempoh cuti saya selama 3 minggu dan berbaki lagi seminggu ini sangat saya nantikan. Apa tidaknya, inilah peluang bersama dengan anak-anak dan melayan kerenah mereka. Penat sungguh jadi suri rumah sepenuh masa.. Hakikatnya begitu. Justeru, jangan pandang remeh peranan seorang suri rumah sepenuh masa. Realitinya, mereka berkhidmat 24 jam sehari.

Namun, pada hari itu ada sesuatu yang menarik perhatian saya. “Adik, adik jadi abang, abang jadi ayah”. Arah Fawwaz kepada ‘Ulwan. Tanpa soal ‘Ulwan meng’ok’kan arahan abangnya itu. Maka bermulalah dialog-dialog antara ayah dan abang 2 beradik ini. Geli hati mendengarnya. Saya ingatkan budak perempuan saja yang bermain mak-mak macam yang selalu saya lakukan dulu. Rupa-rupanya budak laki pun sama. Nampaknya sifat kebapaan sudah ada dalam diri anak-anak bujang ku ini. Getus hatiku.

Jika main mak-mak, alatnya mestilah pinggan mangkuk dan anak patung bukan? Cuba anda teka apakah peralatan yang membantu permainan mereka berdua? Ha, mereka menggunakan set cantum dan bina ataupun biasanya kita panggil dia permainan LEGO walaupun sebenarnya bukan jenama itu. Ayah dan abang ini membina replika masing-masing dan itulah yang menjadi titik fokal perbualan main ayah-ayah mereka.

“Ayah, apa nama benda yang ayah buat tu?” Saya cuba menguji Fawwaz. “Ohhh, ini kapal terbang dengan boleh masuk dalam air Ummiii”. Jawabnya yakin dengan bahasa yang teragak-agak. “Fuyoo, kapal terbang bertukar menjadi kapal selam! Hebatnya abang..”. Kagum juga saya dengan ideanya itu. Setahu saya tiada lagi kapal terbang sekaligus kapal selam pernah dicipta. What a high imagination! Tersenyum puas ayah bila dipuji Ummi.

Itulah dunia mereka. Kadangkala permainan ayah-ayah akan berakhir dengan pertengkaran. Adakalanya berakhir dengan mereka membina rumah mereka sendiri di bawah meja makan dengan ditutup kusyen sofa di kanan kirinya. Yang pasti, ia berakhir dengan bersepah!

Rumah ayah dan abang
Rumah ayah dan abang

Imam al-Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumiddin; “Semua perkara baik yang ditunjukkan anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa. Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak tadi tidak membuang keburukannya itu.”

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s