Fatimah binti Asad, Kuburnya Dibaringi Rasulullah.

                                            Makam Fatimah bt. Asad

 

Seringkali kita mengetahui bahawa baginda Nabi s.a.w dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib setelah pemergian datuknya. Namun, jarang sekali kita dengar siapakah yang tinggal bersama-sama Abu Talib memelihara Nabi s.a.w?

Fatimah binti Asad adalah wanita berketurunan Quraisy dari kalangan Bani Hasyim. Beliau adalah isteri kepada Abu Talib dan ibu kepada Ali b. Abi Talib serta 7 adik beradiknya yang lain iaitu Talib, ‘Aqil, Ja’far, Umm Hani’, Jamanah, dan Ritoh. Bermakna Fatimah binti Asad adalah ibu saudara kepada baginda Nabi s.a.w serta ibu mertua kepada Fatimatuzzahra’ anakanda baginda.

Bukan sahaja Abu Talib yang memelihara Muhammad s.a.w dengan sebaik-baik peliharaan, bahkan Fatimah juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala anak-anaknya sendiri tidak menerima kelebihan sepertimana yang mereka berikan kepada Muhammad ketika kecilnya.

Selepas kematian Abu Talib, Allah membukakan hati Fatimah untuk menerima Islam. Imannya begitu mendalam sekali. Akhlaknya terpuji serta kukuh dengan Islam sebagai landasan hidupnya. Sifatnya ini diwarisi oleh anak-anaknya terutamanya Ali b. Abi Talib. Fatimah turut berhijrah ke Madinah bersama muhajirin yang lain dengan mengorbankan segala apa yang ada padanya untuk menegakkan Islam.

Rasulullah s.a.w menyifatkannya sebagai seorang yang ikhlas dan sebagai contoh seorang yang menepati janji. Beliau tinggal di Madinah beserta anak-anaknya yang lain kecuali Jaafar yang berhijrah ke Habsyah, serta sentiasa menyertai jihad dan ghazwah bersama Rasulullah s.a.w.

Husain b. Ali manceritakan daripada bapanya Ali b. Abi Talib, bahawa ketika Fatimah b. Asad meninggal dunia Rasulullah s.a.w mengakafankannya dengan jubah baginda, mensolatkannya dengan 7 kali takbir, serta baginda turun ke dalam kuburnya. Apabila baginda keluar dari kuburnya mata baginda dibasahi air, dan sebelum itu Nabi s.a.w turut baring sebentar di dalamnya.

Para sahabat kehairanan kerana baginda tidak pernah berbuat demikian sebelum itu. Baginda menjawab,”Tidak ada selepas Abu Talib yang aku hormati selepasnya. Sesungguhnya aku memakaikannya jubah supaya dia memakai daripada perhiasan syurga, dan aku baring di dalam kuburnya agar terhindar daripadanya azab kubur”. Riwayat Ibn Abbas.

Fatimah turut menghafaz dan meriwayatkan beberapa hadith Nabi s.a.w. Dikatakan beliau meriwayatkan sebanyak 46 hadith yang kesemuanya terkandung di dalam Kitab Sahihain, Bukhari dan Muslim.
Inilah ibu di antara ibu-ibu Rasulullah s.a.w.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s