Rahsia Bisnes Orang Cina

Saya baru saja berkesempatan membaca buku ini stelah ia diulang cetak sebanyak 11 kali sejak tahun 2006 sahaja. Agak lambat saya membacanya berbanding jumlah cetakan yang tinggi. Alhamdulillah, kesempatan ini Allah berikan apabila suami saya mendapat buku ini secara percuma daripada majikannya.

Ringkas sahaja, berikut saya tuliskan beberapa point menarik yang menyebabkan tarikan besar terhadap dunia perniagaan orang Cina.

1. Jika mahu berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin. Kalau malas dan hangat-hangat tahi ayam selamanya tak berjaya.

2. Persepsi orang Cina pada perniagaan adalah positif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan  kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan. Berniaga bagi orang Cina seolah-olah persepsi orang Melayu terhadap memiliki anak ramai. Mesti ada rezeki dan jalan punya..

3. Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatnya bangkit semula. Jadilah macam bole. Semakin kuat jatuhannya ke bawah, semakin tinggi lantunannya ke atas semula.

4. Berniaga boleh dijadikan hobi tetapi bukan mengisi masa lapang. Bermaksud, harus sepenuh masa.

5. Keuntungan yang diperoleh sebaik-baiknya tidak dibelanjakan. Ia perlu digunakan bagi menambahkan modal pusingan dan membuat pelaburan. Simpan dan labur, jangan belanja dan lebur.. Peniaga Melayu banyak juga begitu, biar pape ase begayee..

6. Orang Cina boleh berniaga di kampung Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kampung Cina. Sebab tiada siapa yang berani menanggung risiko hatta berniaga di kawasan sebangsa sendiri.

7. Apabila orang Cina kata hendak berniaga, mereka biasanya tidak akan berfikir panjang untuk melakukannya. Pengalaman dan kemahiran tidak penting kerana ia boleh dipelajari kemudian. Redah yang berstrategi..

8. Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat. Sebaliknya membuatkan kita bertambah gigih. Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan ketiga dilihat sebagai kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan. Tiada istilah gagal langsung bagi mereka ini. Agaknya kalau gagal kali keenam menambahkan kesabaran barangkali.

9. Dalam perniagaan, kita perlu menetapkan matlamat bagi menetapkan keuntungan jangka panjang. Hapuskan pemikiran mahu cepat kaya. Biar sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak!

10. Budaya niaga Cina menekankan kepentingan ‘siapa cepat dia dapat’. Yang lambat pasti tak dapat.

11. Bagi masyarakat Cina peniaga tidak dibenarkan mengganggu perniagaan orang lain dan memburuk-burukkan perniagaan. Persaingan dibenarkan menurut nilai moral dan pertimbangan kemanusiaan. Peniaga yang tidak patuh akan dikenakan hukuman. Ini satu lagi penyakit peniaga Melayu, hasad dan dengki. Buka kedai guna ‘pelaris’. Nampak kedai orang lain maju sikit hantar santau.. Na’uzubillahi min zaalik.

Yang pastinya, buku ini membangkitkan motivasi dan emosi saya untuk berniaga.

3 thoughts on “Rahsia Bisnes Orang Cina

  1. Biasanya beralih arah itu bersebab. Berdasarkan pengalaman saya, jika khidmat pelanggan dan kualiti barangan memenuhi kehendak pelanggan, tiada sebab untuk mereka lari. Di Tanjung Malim, terdapat peniaga ikan Melayu yang baik khidmat pelanggan dan barangannya menyebabkan bukan sahaja Muslim Melayu sahaja membelinya bahkan juga bangsa lain. Dan mereka tidak membeli di kedai sebangsa mereka. Yang penting servis dan kualiti barangan dan peniaga harus kreatif dan tidak putus asa untuk meningkatkan kedua-duanya. Peniaga yang hanya mengharapkan ehsan dan simpati sebangsa sahaja tidak akan ke mana jika servis dan barangan tidak memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

  2. 12. Orang cina beli barang di kedai orang cina… Namun, orang Melayu beli barang di bukan kedai Melayu, malah..berdengki..maaf

    Kisah benar di kawasan rumah saya, Orang Melayu sudah berniaga di situ lebih 10tahun, jual barang basah dan barang kering. Namun dalam hampir setahun sudah, orang india buka kedai, jual ikan dan barang basah sebelah kedai orang Melayu itu. Sedih hati melihat semua orang melayu, dengan berkopiah, bertudung membeli barang basah, makanan (lauk) pulak tuh, di kedai Kafir. Tergigit jari orang Melayu yang berniaga itu, 10 tahun lebih dah.

    Namun, kita orang Melayu, ye! kita dah sedar perkara ini. apalagi…buatlah..~
    semoga kita bersatu hati, dijauhi sifat buruk dan diirahmati Allah..amiiien…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s