Hadiah Sebuah Perkahwinan

kawin umminabiSatu-satunya adikku di dunia ini hanya membilang hari menanti tibanya hari pernikahan dan majlis walimahnya Jumaat dan Sabtu ini. Seribu satu perasaan mungkin silih berganti menerpa pemikiran dan emosinya.

“2, 3 hari ni tak boleh tidur malam la K.Una. Nape ntah..”, itu antara bait kata yang dikatakannya sebelum meninggalkan saya Ahad lepas menuju ke Shah Alam. Dalam hati kecil saya berkata sindrom pra perkahwinan la tu..

Saya pun kurang mengingati perasaan saya sebelum berkahwin dahulu. Tapi yang pastinya, macam tiada perasaan sebab terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum majlis berlangsung. Hanya yang kekal dalam memori adalah apabila suami saya sampai ke pintu bilik untuk bersalaman selepas akad nikah yang dilangsungkan di masjid. Saya tidak turut serta ke masjid. Ketika itu,barulah saya berada di alam kesedaran yang sebenar-benarnya bahawa diri ini sudah bergelar seorang isteri kepada si dia. Tanpa diminta juga pelbagai persoalan tiba-tiba muncul di kotak fikiran, mampukah aku menjadi isteri yang solehah? Bolehkah dia membimbing diri ini dengan sebaiknya? Bagaimana masa depan rumahtangga kami nanti? Dan pelbagai lagi soalan yang akhirnya terpaksa dipadamkan dari kotak fikiran dengan berserah kepadaNya dan bersangka baik dengan dia. Jangan dilayan hasutan syaitan yang halus itu!

Ya, alam perkahwinan dan rumahtangga penuh kemanisan adikku. Daripada berseorangan menjadi berdua. Daripada kesepian ada teman untuk berbual dan meluah perasaan. Daripada tiada siapa untuk dibelai dan dikasihi ada si dia yang sentiasa menanti. Daripada bersendirian kini ada pelindung setiap masa. Sentiasa ada pembantu dan penceria suasana.  Kehadirannya suami dalam hidupmu nanti pasti mengubah 360 darjah kehidupanmu. Tunggulah saatnya tiba nanti.

Layarilah bahtera perkahwinan nikmat Allah Taala yang besar ini dengan sebaiknya. Pastikan matlamat yang ingin dituju adalah tepat dan benar. Matlamat pelayaran menuju kepada Redha Ilahi. Agar nanti kalian dapat sama-sama mencium bau syurga yang hakiki, bukan setakat menikmati hidup duniawi bersama tetapi terpisah di alam yang kekal abadi. Bersama di dunia agar dapat bersama juga di syurga akhirat.

Apabila jelas matlamatmu, berjalanlah dengan berpandukan kompas Islam. Jangan dibuang atau dibiar kompas itu kerana itulah penentu sampai atau tidak dirimu ke matlamat yang ingin dituju. Arahan nakhoda kapal perlu didengar dan diikuti. Sesekali atau banyak-banyak kali, bincanglah dengan baik jika nakhoda tersilap membaca arah kompas. Agar arah dapat dibetulkan dan kembali ke asal. Ingat, nakhoda kapal hanya satu dan bukan dua.

Ada kalanya hujan renyai-renyai membasahi kapal. Ada ketika juga ribut dan ombak besar memukul kapal. Kebanyakan masa juga cahaya mentari halus dan terang menyinari kapal. Silih berganti datang dan pergi ujian yang diberi. Cekalkan hati, thabatkan pautan kepada Ilahi, hitung semula kesalahan diri, berbincang sepenuh hati dengan nakhoda, insya Allah kapalmu akan kekal berterusan melayari lautan kehidupan ini.

Tiada hadiah istimewa dariku untukmu selain doa yang sentiasa mengiringi perjalanan kalian nanti. Fasa ini adalah fasa menguji keimanan. Semoga perjalanan baru ini menambahkan lagi iman dan iltizam kalian dengan Islam, amiin.

Khusus untuk nakhoda kapal, ingatlah peringatan Allah ini; (Surah al-Tahrim:6)

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Salam Pengantin Baru dari kakak dan abang iparmu..

3 thoughts on “Hadiah Sebuah Perkahwinan

  1. alhamdulillah

    insyaAllah, nanti saya hebahkan bila tiba masanya…berharap sangat ustazah datang…insyaAllah dekat sahaja..reachable =)

    saya balik 17 ogos insyaAllah..slps itu, akan usahakan untuk berjumpa…ada cuba call ustazah jun lepas..tapi tak berangkat..hehe..sibuk barangkali..

    jumpa nanti insyaAllah

  2. Alhamdulillah.. dah selesai semuanya. Zaffan bila? kalau dah ada tarikh, jangan lupa kami di sini..

  3. assalamualaikum ustazah,

    adik akak yang belajar medic ke ustazah? wah..jodohnya sudah tiba..alhamdulillah!

    selamat kenduri. Doa dari saya buat kedua mempelai, bahagia sampai ke syurga insyaAllah =)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s