KYUEM closed!

Alhamdulillah syukur juga kerana dapat cuti tanpa diminta selama seminggu. Namun, di sebalik gembira ada dukanyajuga kerana pergerakan perlu dihadkan jika mengalami simptom-simptom influenza yang kita sedia maklum. Yang pasti, setakat jam 1 petang 27 Julai 2009 ini, KYUEM masih lagi bebas dari sebarang kes H1n1 tiada lagi pengesahan tentang perkara itu.

Faktor penyebab kolej ini ditutup adalah kerana terlalu banyak kes yang melibatkan simptom influenza sejak seminggu yang lalu. Hampir 200 kes melibatkan batuk, selesema, demam dicatatkan di kalangan pelajar termasuk para staf. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga warga KYUEM diberi cuti selama seminggu dan akan dibuka semula Isnin depan.

Kuarantin adalah sangat penting! Hadith Riwayat Sahih Bukhari mencatatkan;

“Dari Usamah b. Zaid r.a ada orang yang bertanya kepadanya, “Apakah yang telah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w tentang penyakit kolera (taun)?” Usamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Kolera itu siksa yang diturunkan Tuhan kepada satu golongan Bani Israel atau kepada orang yang sebelum kamu. Apabila kamu dengar penyakit berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke situ. Dan kalau berjangkit di suatu negeri di mana kamu berada, janganlah kamu keluar dari sana untuk lari dari bahayanya,”.

“Dari Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w katanya, “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang penyakit kolera. Beliau lalu menceritakan kepada saya :”Penyakit itu adalah siksa yang diturunkan Tuhan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Tuhan menjadikannya rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang itu ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Tuhan baginya. Maka untuk orang itu pahala seperti pahala mati syahid.”

Saranan Rasulullah s.a.w tentang kuarantin seperti hadith di atas mungkin sedikit berbeza dengan praktis kita hari ini. Sepatutnya jika tempat itu dijangkiti, mereka yang berada di dalamnya dihalang dari keluar dan orang luar tidak dibenarkan masuk. Jika KYUEM dijangkiti sepatutnya ia ditutup untuk orang luar masuk dan penghuninya tidak perlu keluar. Jika ia ditutup dan penghuninya dibenarkan keluar, maka tinggilah risiko untuk jangkitan itu merebak ke tempat lain dan dimana-mana sahaja.

Saya bersetuju jika sesi pembelajaran dibatalkan tetapi pelajar dihalang keluar dari kawasan serta dihadkan komunikasi dengan orang luar. Itu pada saya baru bertepatan dengan saranan sumber wahyu di atas. Walau bagaimanapun, banyakkanlah istighfar dan berdoa agar kita semua dijauhi daripada tentera-tentera Allah yang halus ini.

Rasailah kekerdilan diri ini, kerana virus sekecil itupun mampu menggelisahkan seantero dunia. Kita manusia yang tidak punya apa kecuali iman sebagai penanda aras antarabangsa. Di sebalik H1N1, hitunglah semula diri kita, kerana Dia hanya mahukan kita kembali kepadaNya..

“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). ”
                                                                                                                                      (Al-Hajj: 73)

4 thoughts on “KYUEM closed!

  1. Ye ke Lin? Kesian yek.. Staf pun manusia juga, tak kebal. Insya Allah diparengi Allah. Faham tak Lin?🙂

  2. Salam Ustazah Husna & Family,
    Mudah2an Abang2 dan Awfa sihat2 dalam kekalutan penutupan tu.. Samalah tempat Cik Lin pun kena tutup, tapi staf tak pulak dapat cuti… Grrr… Tak Aci betoi..!😉 Mudah2an Allah lindung kita daripada sebarang bala dan penyakit. AMin.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s