Puasa Sya’ban Nabi

Biasa kita dengar sesetengah orang memilih untuk berpuasa 3 bulan sekaligus pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan dan diakhiri dengan 6 hari pada bulan Syawal. Persoalannya, adakah ia dilakukan atau diajar oleh baginda Nabi s.a.w?

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa baginda Nabi s.a.w tidak pernah puasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan sahaja. Baginda tidak pernah melakukan puasa selama 3 bulan berturut-turut tersebut.

وتقول عائشة : كان يصوم حتى نقول : لا يفطر . ويفطر حتى نقول : لا يصوم ، وأحياناً يصوم الاثنين والخميس ، وأحياناً ثلاثة أيام من كل شهر ، وخاصة الأيام البيض القمرية . وأحياناً يصوم يوماً ويفطر يوماً ، كما كان يفعل داود عليه السلام ( أحب الصيام إلى الله صيام داود ، كان يصوم يوماً ويفطر يوماً

“Aisyah berkata: Baginda berpuasa apabila dia (Aishah) berkata, dia tidak berpuasa dan baginda tidak berpuasa apabila Aishah mengatakannya berpuasa. Kadangkala baginda berpuasa Isnin dan Khamis, dan kadangkala 3 hari pada setiap bulan khususnya pada ketika bulan penuh, dan kadangkala baginda berpuasa selang sehari sebagaimana yang dilakukan nabi Daud a.s (Sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Nabi Daud, sehari berpuasa dan tidak pada hari berikutnya)

Walau bagaimanapun, sememangnya Nabi s.a.w paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan yang lain sebagai persediaan menerima ketibaan Ramadhan bulan yang dinanti-nantikan. Tiada nas yang jelas bahawa baginda ada berpuasa pada dan bersempena hari-hari tertentu pada bulan ini. Yang penting, perbanyakkan puasa.

Praktis Nabi ini mungkin juga banyak dilakukan oleh segelintir kita, yang berhempas pulas untuk menghabiskan puasa qadha’ sebagai puasa tertunggak yang belum tertunai. Jauhilah tabiat ini. Jika anda punyai tabiat ini, kehidupan anda keseluruhannya juga pasti banyak perkara yang tertangguh.

Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

 “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan.”

                                                                                                                                                                              (HR. Ahmad dan Tabrani)

Perkenankanlah ya Allah, perkenankanlah…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s