H1N1, Jerebu dan Demontrasi ISA

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini isu-isu kesihatan terlalu banyak diperkatakan terutama sekali virus influenza H1N1 yang amat-amat mudah untuk djangkiti.

Ditambah lagi dengan kualiti udara yang tidak sihat dipersekitaran kediaman.

Jadi semacam dunia ini akan benar-benar hancur dalam masa terdekat ini dek kejahatan manusia itu sendiri. Dan tidak terkecuali juga orang yang beriman dengan Allah turut sama merasai akan akibat tangan-tangan ghaib ini.

H1N1

Seperti yang diketahui hingga setakat ini jumlah kes yang disyaki mengidap penyakit ini semakin bertambah dari hari ke hari.

Wabak ini yang dahulunya dikenali sebagai selsema babi telah menjadi satu penyakit yang amat ditakuti kerana ia mudah untuk dijangkiti. Hanya kerana batuk dan bersin, jika ia datang dari orang yang menghidap wabak berkenaan, maka sahlah orang yang berdekatan akan turut sama terpalit dengan wabak H1N1 ini.

Kekadang naik risau juga apabila melihat orang ramai menggunakan ‘mask’ ketika berada di tempat-tempat awam.

Ia satu fenomena yang mengerikan jika orang disekeliling kita memakai ‘mask’ dan seakan-akan tidak mahu dirapati kerana tidak mahu terkena virus berkenaan.

Di UAE, kerajaan mereka memberikan vaksin H1N1 kepada seluruh pelajar bagi menangani wabak berkenaan. Dan saya kira ia memakan wang yang besar kerana sudah pasti vaksin berkenaan mahal harganya kerana sukar untuk didapati dan permintaannya sangat tinggi.

Hanya negara yang berkemampuan dan sanggup berbelanja besar sahaja akan membelinya seperti UAE.

Dalam aspek ekonomi, virus ini jika tidak dapat di tangani dengan segera, ia akan meyebabkan sektor pelancongan dan kegiatan ekonomi sampingan atau ‘complement business’ akan terjejas teruk dek wabak ini.

Jerebu

Masalah ini sering saya hadapi kebelakangan ini. Semacam ada pihak yang sengaja membakar secara besar-besaran dan menyebabkan kualiti udara menjadi semakin teruk.

Yang lebih memeritkan ialah di kawasan Lembah Beringin  dan Tanjung Malim diisytiharkan sebagai kawasan yang paling teruk kualiti udaranya semalam (1 Ogos) di Malaysia dan kelmarin (31 Julai) di Semenanjung Malaysia.

Setiap kali bernafas akan ada terbau asap daripada pembakaran yang entah datangnya dari mana. Kereta dan kenderaan yang lain diselaputi debu-debu asap yang menjadi selimut sepanjang hari.

Kesedaran dan pelaksanaan tindakan terhadap perbuatan seperti ini masih belum mencapai kepada tahap yang memuaskan apatahlagi pelaksanaan hukuman terhadap si pelaku.

Demontrasi ISA

1 Ogos adalah detik suara rakyat yang berkehendakkan agar luahan dan rintihan mereka didengari dan diambil tindakan yang sewajarnya daripada kerajaan.

Namun apa yang berlaku adalah demontrasi ini tidak dapat dijalankan dengan aman kerana diganggu oleh pihak yang berwajib yang makin menghuru-harakan perarakan berkenaan.

Pada pandangan saya, jika kerajaan benar-benar menghargai suara rakyat, mereka sepatutnya membiarkan sahaja perjalanan demontrasi itu berjalan seperti biasa dan beri mereka masa meluahkan perasaan mereka dan saya pasti demontrasi itu akan berjalan dengan aman. Apa yang perlu ialah berjaga-jaga dan berkawal sepanjang demontrasi aman itu dijalankan.

Manakala kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya besar di sekeliling tidak perlu tutup perniagaan mereka kerana ia dikawal selia oleh pihak keselamatan yang telah ditugaskan seperti Polis dan FRU. Hanya jika berlaku sabotaj yang hendak merosakkan harta benda awam, barulah mereka yang berkenaan itu ditangkap. Bukankah itu tugas sebenar mereka?

Apa yang berlaku ialah pihak keselamatan negara telah mengkucar-kacirkan dan menghuru-harakan demontrasi aman ini. Mana tidaknya mereka lari bertempiaran dek air semburan yang memedihkan dan tangkapan serta halangan yang kononnya untuk menyelamatkan keadaan.

Walhal keadaan ini telah disabotaj oleh pihak berkenaan dan sepatutnya mereka tidak boleh membuat kenyataan yang demontrasi ini telah mendatangkan banyak masalah kepada keselamtan dan keamanan negara. Kenyataan sebenarnya ialah pihak keselamatanlah yang telah menhuru-harakan keadaan.

Selamilah dan jiwailah perasaan keluarga-keluarga yang kehilangan ketua keluarga mereka. Mereka manahan kesedihan dan keperitan yang tidak tahu titik akhirnya. Anak-anak mereka terbiar tiada belaian kasih bapa tercinta.Perasaan ini hanya boleh dikongsi oleh mereka yang mangalaminya sahaja.

Pada pandangan ringkas saya, ‘hapuskan’ akta ini atau setidak-tidaknya adili kesalahan mereka di mahkamah dan buktikan kesalahan mereka.

-abuawfa-

3 thoughts on “H1N1, Jerebu dan Demontrasi ISA

  1. terima kasih atas komen @ sumbangsaran yang diberikan…pengalaman, latar belakang pendidikan dan pendedahan kemasyarakatan jelas membezakan pendapat dan pandangan kita..rahmat Allah di atas kelainan pendapat dan pandangan ini..jazakallah khairan kathira

  2. saya setuju dgn atok chu..perkara ni mmg sgt memalukan kita sbgi rakyat malaysia khususnya org melayu…sesama bangsa dan agama pun dah takde persefahaman dan persepakatan. Kenapa org melayu/islam mesti nak bebalah sesama sendiri? sekarang ni jadi ahli politik bukan dgn jiwa untuk menolong rakyat mahupun membela bangsa .tp lebih kepada kepentingan diri sendiri… apa nak jadi ni..?? sama sahaja mana-mana parti pun..lagi2 pembangkang

  3. hebat sungguh orang melayu berkumpul semata-mata nak suruh hapuskan ISA. Bodoh betul buang masa, tinggal anak bini, berpenat lelah, menyusahkan orang lain (jalan jammed) teruk, duit & barang berharga hilang, kena ketuk dek FRU dan sebagainya..
    Aku rasa orang vietnam, nepal, pakistan, indonesia, dan lain ketawa melihat perangai orang melayu naik minyak di sebabkan ISA. SEBAB APA??? supaya senang bangsa asing membuat demontrasi seterusnya bila tak puas hati tentang apa-apa selepas ini terhadap negara. SAYA TERMENUNG SEBENTAR BILA MELIHAT KEJADIAN INI DAN BERFIKIR SEJENAK…MASA TUN MAHADIR TAK ADA SEMUA INI. BERTAPA BENGAP NYA BANGSA MELAYU YANG KLCC DIBUAT TINGGI..TAPI OTAK FIKIRAN MAKIN KE BAWAH.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s