Asal Nama Tanjong Malim

Tanjong Malim dahulu.

Saya bukan pemastautin Tanjong Malim. Tetapi pekan sederhana besar ini sangat dekat di hati kerana nadi kehidupan fizikal kami berada di situ. Walaupun begitu, saya tetap anak Selangor!

Hari ini saya menemui satu cerita ringkas berkenaan asal usul nama Tanjong Malim. Bersumberkan laman web Majlis Daerah Tanjong Malim, lain yang dicari lain pula yang saya dapat. Anda ingin tahu asal usul nama Tanjong Malim ini? Malim Demam pernah berada di sinikah? Ataupun Malim-Malim yang lain?

Diceritakan bahawa Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama’ yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu’alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Ya, sifat nenek moyang kita dahulu kala yang kuat beribadat dan berilmu itu mempengaruhi pemberian nama tempat ini. Moralnya, perkara yang baik-baik kesannya berpanjangan. Justeru, beramal kebaikanlah agar diri sendiri terkesan dan memberi kesan kepada orang lain.

Dari Ibn Umar r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara beberapa pohon, ada pohon yang tidak gugur daunnya, pohon itulah perumpamaan seorang Muslim. Terangkanlah kepadaku apakah pohon itu?” Orang-orang yang hadir ketika itu meneka, “pohon dalam hutan belukar”. Kata Ibn Umar, “Saya meneka pohon kurma. Tetapi saya malu mengatakannya.” Kata mereka, “tunjukkanlah kepada kami Ya Rasulullah! Apakah pohon itu?” Jawab Nabi “pohon kurma”.

Daun pelepah kurma tidak pernah gugur jika tidak ditarik oleh tangan manusia. Pohon kurma juga serbaguna. Begitulah contoh orang Mukmin yang serba mendatangkan kebaikan yang banyak bagi makhluk sekitarnya.

Kun ‘Aaliman.

4 thoughts on “Asal Nama Tanjong Malim

  1. Subhanallah… Hebat… Nusantara memang hebat! kaya dengan ulama’.. di balik perjuangan melayu semua dengan semangat ulama’.. Mudah2an jadi iktibar, spirit agama terus berkembang.. amen!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s