Suara Yang Ditinggalkan

Sesebuah lagu memberikan kesan buat hati dan iman bukan hanya bergantung pada lirik dan lagunya semata-mata mahupun kemerduan suara. Yang berkesan itu apabila datang dari hati yang tulus ikhlas, yang akhirnya sampai ke hati yang mendengarnya.

Ikhlas untuk menyampaikan nasihat dan mesej iman, akan sampai sentuhan itu ke dalam jiwa secara menginsafkan. Begitu ramai insan yang dianugerahkan suara yang lunak merdu, tapi jauh sekali mampu menggetarkan jiwa merasaiĀ erti kehambaan dan keperkasaan Tuhan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Asri Ibrahim, moga suara yang ditinggalkan akan mampu terus menggetarkan jiwa dan meningkatkan iman.

Ummu Awfa.