1 Ramadhan 1430H, Permulaan Yang Indah.

Indah dan bersyukur rasa di hati menjelang 2 Ramadhan esok. Bukannya apa, Fawwaz berjaya melepasi dugaan hari pertamanya berpuasa! Hanya tahun ini sahaja saya dan suami menyuruhnya agar mula belajar berpuasa. Alhamdulillah, dengan bantuan tarbiyyah yang didapatinya di PASTI al-Husna, tidak banyak kerenah yang saya hadapi untuk membantunya di hari pertama berpuasa ini.

Yang agak terkilan sedikit, kami tidak dapat memenuhi permintaannya untuk berbuka puasa dengan roti canai. Makanan kegemaran Fawwaz.. Cari punya cari, baru sedar yang restoran manalah bukak tang2 puasa ni.. Alhamdulillah juga dia tidak meragam setelah diberi peluang untuk mencari menu lain sebagai ganti. Lain kali, Ummi buatkan abang roti canai lah.

Indah dan bersyukur jua selayaknya dipanjatkan kepadaNya kerana anugerah Ramadhan ini. Di dalam hati kecil berkata, “aku dapat bonus berganda-ganda ni. Ambiklah sebanyak-banyaknya…….wahai diri.. Allah sayang akan kamu, jangan jadi hamba derhaka! Dapat bonus, tak mahu ambil! Bonus berlipat ganda tu, boleh maintain kehidupan sepanjang tahun. Rugilah aku kalau tak ambil..”.

Buat semua, salam Ramadhan yang mulia buat kalian. Bezakanlah Ramadhan kita saban tahun dengan peningkatan iman dan amal sejajar dengan peningkatan usia dan kematangan fikiran yang kita lalui dan miliki. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang tingkat amalan puasanya sama dengan puasanya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Puasa hanya menahan lapar dan dahaga dan mendapat nikmat ketika berbuka semata-mata. Tetapi nikmat kedua iaitu berbahagia dengan puasanya yang membawa ke syurga sama sekali tidak dirasai.

Berpuasalah dengan perut yang kosong tetapi sarat dengan taqwa..

3 thoughts on “1 Ramadhan 1430H, Permulaan Yang Indah.

  1. Ramadhan kareeemm… Selamat meraikan ramadhan buat una sekeluarga.. Insaf bila Ustaz Asri meninggal, yang dikatakan tidak dapat bertemu lagi dengan ramadan. Kita entah bila… Ramadan di depan mata, moga tidak culas merebutnya.

  2. Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..
    Bukan rindu pada susuk tubuh atau fizikalnya, tetapi pada ukhuwwah dan kasih sayangnya.🙂
    Ramadhan, bulan melepas rindu kepadaNya.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s