Imam, Bilal dan Siak Yang Perkasa.

Semalam 24 Ogos 2009, tetiba sahaja hati nak tengok Buletin Utama TV3. Semenjak Ramadhan ni, jarang berkesempatan mengikutinya sebab ‘timing’ dah berubah. Apabila dibuka saja, mata saya terus tertumpu pada ayat yang tertera di bawah skrin TV iaitu berkaitan undian SMS hari ini.

“WAJARKAH NEGERI SELANGOR MEMBERIKAN KUASA KEPADA IMAM, BILAL DAN SIAK MASJID UNTUK MENANGKAP UMAT ISLAM YANG MINUM ARAK?” Tanpa berlengah, saya terus mencapai telefon tangan dan memicit apa yang perlu. A untuk WAJAR! 2 kali saya mengundi. Alhamdulillah, keputusannya juga tidak mengecewakan di mana 91% mengatakan bersetuju dan wajar ia dikuatkuasakan.

Saya berpendapat, sewajarnya dan sepatutnya 3 jawatan utama dalam AJK masjid ini diberi pengiktirafan dan kredibiliti yang sedemikian rupa. Jika mahu mengharap kepada Penguatkuasa setakat mana dan berapa ramai sahajalah yang boleh melaksanakan tugas besar ini. Perkara berkaitan arak bukan isu yang boleh dikompromikan lagi. Arak tetap arak yang memabukkan dan HARAM. Tiada istilah arak halal sama sekali.

Justeru, langkah yang dimulakan oleh kerajaan negeri Selangor ini atas kesedaran daripada Dr. Hassan Ali dan teamnya sangat patut disokong. Pengharaman arak adalah tetap, tetapi dalam komuniti majmuk ini kita tidak boleh menghalang bukan Islam daripada mengambilnya. Sebab itulah perlunya akta pengawalan ini supaya keberadaannya di pasaran tidak disalahguna dan diambil kesempatan oleh umat Islam untuk mendapatkannya.

Ya, Imam, bilal dan siak masjid perlu lebih perkasa. Dan saya yakin jika perkara ini benar-benar berjaya diaplikasikan, perkara nahi mungkar ini akan terus mendapat perhatian daripada masyarakat asalkan Imam perkasa, Bilal perkasa dan Siak perkasa memperkasakan peranannya!

“Dari Abdullah b. Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang meminum arak di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, maka ia tidak memperolehinya di akhirat nanti”    -Sahih Bukhari-

Tahukah anda, di Selangor diadakan tazkirah Dhuha di Pasar Tani? lihat di sini.

Ya Allah, makmurkanlah negeriku ini..

Ummu Awfa de Selangorian.

2 thoughts on “Imam, Bilal dan Siak Yang Perkasa.

  1. Ustaz Wan Abdullah kot, kalau tak silap. Yang Ustaz Ramli tu, memang saya pun blank. Rasa tak pernah ada waktu tu..

  2. Selangor Negeriku…😉 Apabila datang perkara yang haq, maka terzahirlah yang bathil…

    semalam tetiba terlintas dalam hati lagu Selangor yang kali terakhir saya alunkan di dewan besar Kolej Islam Sultan Alam Shah… Na, baca comment kat blog K.Ina isteri Ustaz Z, Ustaz Ramli KISAS meninggal. Ya ampun, ustaz Ramli tu Lin kenal ke tak ekk? Pakcik Ramli kenal lah. Last batch kita, selain ustazah Hachinah, ustaz kita yang mengajar Usul Fiqh yang pindah ke Kelantan tu nama apa na..? dush! dush! Nak kena ni, suka2 jer lupa nama cikgu…😉

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s