Mereka Yang Tidak Mengetahui..

Tiba-tiba nama Kartika Sari Dewi Shukarnor meletup bak mortar. Sepatutnya wanita ini sudah pun menjalani hukuman sebatnya yang sebanyak 6 kali itu, tiba-tiba atas arahan pihak ‘atasan’ katanya, hukuman itu ditangguhkan.

Lihatlah mereka ini;

i. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebih-lebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman.
“Kita tangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana kita tidak boleh lakukan hukuman tersebut tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi oleh kita…mata dunia kini menumpukan kepada kes ini maka Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dulu.”

Saya kata, jurusebat memang sudah sedia ada dan bersedia untuk menjalankan tugasnya, berdasarkan satu temubual di radio IKIM sebulan yang lalu bersama dengan Pegawai yang ada kaitan dengan kes-kes syariah ini. Saya tidak ingat jawatannya. Apa yang diharap pada mata dunia apabila mata sisi pandang Allah diketepikan!

ii. Che Det kata;

1. Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer.
2. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

Saya kata, Alhamdulillah kerana Kartika Sari dapat bertaubat dan insaf di bulan yang rahmatnya berganda-ganda ini. Chekdet, pandangan manusia adalah kelas kedua, pandangan Allah selamanya kelas pertama. Selamanya hidup mengikut pandangan manusia, bukanlah manusia yang benar-benar bebas dan merdeka jiwanya. Apa gunanya Kemerdekaan negara, jika pemikiran masih dijajah idealisme manusia.

iii. Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus berkata hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

Saya kata, tiada dalil yang menafikan pelaksanaan sesuatu hukuman di bulan Ramadhan. Kalau begitu, tangguhkan segala hukuman sivil yang lain pada bulan ini kerana menghormati Ramadhan. Merepek betul..

Astaghfirullahal ‘Azim.. Celaru, keliru dan haru biru yang mengundang murka Allah sahaja.. Jiwaku membara.

Allah berpesan; (al-Jathiah:18)

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan)dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”

 Baru 6 kali sebat, bukannya 40 kali seperti yang sepatutnya.  Lihat, siapa yang banyak alasannya untuk melaksanakan syariat? MUSLIM SENDIRI.. Jelas bukan?

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s