10 Hari Telah Berlalu..

Sebagai muhasabah buat diri ini dan semua;

1. Apakah peningkatan amalan yang  telah kulakukan?

2. Semakin hampirkah aku dengan Allah, ataupun sebaliknya?

3. Sepertiga bulan telahpun berlalu, adakah dapat kurasakan kekuatan baru?

4. Adakah hatiku meronta-ronta agar Ramadhan berakhir, ataupun terasa sedih dan pilu dengan peninggalannya?

5. Berpuasakah aku dengan puasa yang sebenar atau hanya menahan lapar dan dahaga? 

20 hari bukannya tempoh yang lama duhai diri. Menyesallah kini agar kau tidak kesal bila Ramadhan berlalu pergi nanti..