Raya Kita

Sedar tak sedar, sudah 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Alhamdulillah, mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan EId Mubarak buat semua, dan mudah-mudahan kita merayakan perayaan ini dalam keadaan diri yang bertaqwa. Kerana, hari raya bukan untuk melepaskan dendam ataupun qadha segala perkara yang tidak boleh dilakukan di bulan Ramadhan sebagaimana biasa yang kita amalkan, tetapi adalah tanda kemenangan dan kesyukuran atas kekuatan dan motivasi baru yang diperolehi hasil tarbiyyah Ramadhan.
Continue reading

Cemburukah Aku Padanya?

Dia memang seringkali mencemburuiku. Walau apa jua yang aku lakukan, di mana-mana pun, dia tetap sama konsisten mencemburuiku. Tidak pernah dia berputus asa atau berhenti walau sekali.

Aku juga tahu yang dia cemburu padaku, bahkan aku seringkali ditewaskannya kerana sifat cemburu yang ada padanya itu. Namun, aku tahu dan maklum itu. DIA TIDAK PERNAH PUTUS ASA UNTUK CEMBURU PADAKU.

Continue reading

Antara Tarawih Dan Tazkirah

Sambil memandu, telinga saya aktif mendengar siaran radio IKIM pagi ini yang diselia oleh Ust Zamri Zainal Abidin. Topik adalah berkaitan tazkirah ketika solat tarawih. Pelbagai pendapat sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS diterima dan dibacakan oleh Ustaz Zamri. Namun, keseluruhannya memberikan komen yang positif dengan adanya sesi tazkirah yang dilakukan atas inisiatif pihak masjid atau surau itu.
Continue reading

Tontonlah Qamar Bani Hashim

Jika anda ada kesempatan masa dan ruang, tontonilah filem Qamar Bani Hashim yang disiarkan sepanjang Ramadhan ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 hingga 7 petang di Astro OASIS.

Peluang yang terbaik dan berkesan bagi kita untuk menilai semula keimanan dalam diri. Jika dibandingkan dengan keteguhan aqidah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, jauuuuuh sekali iman kita yang senipis kulit bawang ini dibahagi lagi dengan juzuk-juzuk yang lain. Allah…

Tontonlah dengan penuh penghayatan, pasti seribu satu rasa dan emosi akan menerjah keluar dari diri kita. Kalau ada 1000 senarai filem mesti tonton yang ada, filem ini adalah yang pertama!

Wahai diri, tidak akan ada Islam dalam dirimu pada hari ini tanpa perjuangan yang tiada noktah oleh golongan al-sabiqun al-awwalun itu. Mereka diseksa, dicemuh, dihina, kelaparan, terbuang, terasing semata-mata untuk mempertahankan kalimah Laa Ilaaha illalLah.. Namun, begitu mudah sekali diri ini pada ketika dan masa kini menggadaikan Islam dan iman itu terbiar begitu sahaja, malah lebih teruk lagi kita tidak langsung merasai keberhargaannya.. hanya kerana penyakit itu, yakni al-wahn.