Tontonlah Qamar Bani Hashim

Jika anda ada kesempatan masa dan ruang, tontonilah filem Qamar Bani Hashim yang disiarkan sepanjang Ramadhan ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 hingga 7 petang di Astro OASIS.

Peluang yang terbaik dan berkesan bagi kita untuk menilai semula keimanan dalam diri. Jika dibandingkan dengan keteguhan aqidah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, jauuuuuh sekali iman kita yang senipis kulit bawang ini dibahagi lagi dengan juzuk-juzuk yang lain. Allah…

Tontonlah dengan penuh penghayatan, pasti seribu satu rasa dan emosi akan menerjah keluar dari diri kita. Kalau ada 1000 senarai filem mesti tonton yang ada, filem ini adalah yang pertama!

Wahai diri, tidak akan ada Islam dalam dirimu pada hari ini tanpa perjuangan yang tiada noktah oleh golongan al-sabiqun al-awwalun itu. Mereka diseksa, dicemuh, dihina, kelaparan, terbuang, terasing semata-mata untuk mempertahankan kalimah Laa Ilaaha illalLah.. Namun, begitu mudah sekali diri ini pada ketika dan masa kini menggadaikan Islam dan iman itu terbiar begitu sahaja, malah lebih teruk lagi kita tidak langsung merasai keberhargaannya.. hanya kerana penyakit itu, yakni al-wahn.

6 thoughts on “Tontonlah Qamar Bani Hashim

  1. Saudara Fendi, boleh ikut link berikut

    kalau tak dapat, search saja di youtube, insya Allah ada..Selamat menonton dan menghayatinya..

  2. assalamualaikum
    Kalau saya nak download qamar bani hasim ni mana saya harus dapatkannya? Tolong yer sebab saya tak sempat tengok habis…. Tolong saya

  3. Salam ustazah.. Memang saya sangat minat siri ini, antara adaptasi sirah yang terbaik sejak filem Ar-Risalah. Sentiasa sebak bila tengok part sahabat Rasulullah mula memeluk Islam. Selama ni belajar teori saja sirah, bila tengok cerita ni everything falls into place terutama asbab nuzul banyak ayat yang di selitkan pada setiap kejadian.. Highly recommended. Kalau ada jual DVD recommend kat saya ok😉

  4. salam..sy minat kisah ni,krana memberi pmgajaran kpda sya..byak sya bljar…tugas nabi adalah mnyampai n mnyebarkan agama islam..kita jgak sbagai umat kne sambung buat keje nabi..iaitu dakwah orng bukan islam..tp kta sudah tingal keje dakwah ini dan sibuk hal dunia trutama sya la..harap kita smua insaf n bgun buat keje iaitu dakwah

  5. Salam ustazah. ana juga amat meminati kisah ni.huhu..kalu blh x mahu terlepas.. byk kisah dn pgjrnnya..

    Ibrah dr sebuah sejarah yg agung. Subhanallah

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s