Antara Tarawih Dan Tazkirah

Sambil memandu, telinga saya aktif mendengar siaran radio IKIM pagi ini yang diselia oleh Ust Zamri Zainal Abidin. Topik adalah berkaitan tazkirah ketika solat tarawih. Pelbagai pendapat sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS diterima dan dibacakan oleh Ustaz Zamri. Namun, keseluruhannya memberikan komen yang positif dengan adanya sesi tazkirah yang dilakukan atas inisiatif pihak masjid atau surau itu.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang nampaknya kurang mesra tazkirah. Antaranya, “Kenapa takirah lebih dipentingkan sedangkan tarawih sebanyak 20 rakaat tidak dilakukan. Tazkirah boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain, tetapi solat tarawih tidak..” ujar seorang pemanggil telefon yang bergelar Haji.

Tarawih adalah ibadah sunat. Tazkirah adalah satu kewajipan, setiap masa di mana saja. Jadi, alaangkah baiknya jika kewajipan ini dapat dilakukan sebaiknya pada bulan yang barokah ini? Tujuannya agar kita saling ingat mengingati diri dan Allah. Bukankah lebih baik jika kita dapat manfaat dari kedua-duanya? Tarawih dapat, peringatan pun dapat. Makan pun dapat.

Pastikan diri kita agar benar-benar terislah di bulan ini, sentiasa rapat dan mendengar segala peringatan yang diberi. Jangan sekali-kali rasa malas, tak best lah, buang masa dan sebagainya. Allah kata;(surah al-A’la:8-12)

“Dan Kami akan memberi kamu taufikkepada jalan yang mudah, oleh sebab ituberikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (akan Allah) akan mendapat pelajaran, orang yang celaka akan menjauhinya (peringatan), iaitu orang yang akan memasuki api yang besar”.

Bukankah al-Quran itu sendiri adalah dinamakan sebagai peringatan (zikr)?

2 thoughts on “Antara Tarawih Dan Tazkirah

  1. Terima kasih atas pandangan. Apapun yang penting, keikhlasan kita dalam beribadah, dan sandaran atas dalil yang sahih dan diketahui. Kalau kita tidak mahu dengar tazkirah yang diberi, teruskan solat tarawih di rumah. Dalil yang ada memberikan kita pilihan. Islam itu mudah. Semoga kita beroleh keampunan dariNya atas segala dosa yang telah kita lakukan. amiin.

  2. salam tuan empunya blog,

    saya diantara pemanggil pd hari tersebut yg tidak bersetuju dgn tazkirah diadakan semasa / selepas tarawih. saya tidak menafikan bahawa tarawih adalah sunat & tazkirah adalah wajib.akan tetapi kita melihat daripda perspektif ibadah itu sendiri.ibadah ada yg umum & ada yg khusus.ibdah tarawih adalah khusus.ia hanya boleh dibuat pada waktu selepas solat isya’ didalam bulan ramadhan.bahkan syarat sah tarawih adalah mesti menunaikan solat isya’ dahulu.manakala tazkirah boleh dilakukan bila2 sahaja.dari sudut bilangan 20 rakaat, kita menggunapakai ijtihad sayyidina umar alkhatab.jadi siapa kita kalau nak dibandingkan dengan beliau yg terkenal dgn gelaran “alfarouq” . bagi saya ramadhan adalah bulan mengamalkan apa yg telah sy pelajari pada 11 bulan sebelumnya.ini hanyalah pandangan saya yg hina disisi Allah.syukran

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s