Kenangan Terindah

30 Sept. 2009

Entah kenapa, hari ini ada perasaan bercampur baur antara suka dan duka, sedih dan ceria. Tonsil yang menggugat kesihatan tanggal penghujung cuti raya semakin reda..Alhamdulillah. Boleh lah keluarkan suara walaupun bunyinya bak microfon tak cukup bateri gamaknya.

Kelmarin sudah dipesankan kepada salah seorang murid kelas ekonomi untuk mengumpulkan kesemua murid yang mengambil kertas ekonomi (percubaan) pada hari ini tepat pukul 3.40 ptg. Ada sedikit buah tangan (markah peperiksaan) kertas ekonomi yang hendak diserahkan kepada mereka.

Majlis hi-tea Kelab Kebajikan Guru2 dan KakitanganSMIAAG (KHIDMAT)

Majlis ini adalah majlis perasmian KHIDMAT yang julung-julung kalinya dirasmikan kerana baru sahaja ditubuh dalam beberapa bulan yang lepas, dan disamping itu juga untuk meraikan  saya dan Ust Shahrul kerana akan meninggalkan SMIAAG atas alasan tersendiri.

Cuma masanya yang agak melanjut telah menyebabkan saya keberatan untuk tunggu lebih lama kerana ingin bertemu dengan anak murid yang bakal saya tinggalkan dalam waktu-waktu yang agak kritikal iaitu hampir dengan peperiksaan SPM.

Tiada Sebarang Ucapan

Kepada semua guru-guru Al Amin, minta maaf kerana tidak kesampaian untuk memberikan sebarang ucapan kecuali kepada mereka yang agak lewat balik pada 30/09 hari itu.

Terlalu banyak kenangan suka duka, sedih ceria selama menjawat jawatan sebagai guru di sini. Kesemuanya saya akan jadikan cabaran dan sempadan bagi kehidupan mendatang.

Daripada pucuk pimpinan iaitu Pengetua SMIAAG, ketua-ketua jabatan, guru-guru senior lelaki dan perempuan, guru-guru baru/ganti, dan staf-staf..jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan (Tuan Haji Mohd Hasni Mohamed,Ust. Soleh, Ust Usman, Ust Baihaqi, Ust Firdaus, Ust. Zaiham, Ust Hasnan,Ust Ayub, Ust Yasir, Ust Aziz, Ust Abi Yazid, Ust Isharuddin, Ust Abd Razak, Ust Akram) (Cg Rushida, Cg Azizan, Cg Rosmalena, Cg Alia, Cg Syima, Cg Latifah, Cg Mashitah, Cg Wasitah,Cg Masniah, Cg Sapinah,Cg Arsyiah,Cg Azziah,Cg Hani,Cg Zalina..maaf, ini sahaja yang mampu saya ingat) Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian.

Khas Buat Murid2ku

Guru hanya berperanan sebagai pemberi inspirasi dan pencetus motivasi, berikan tumpuan lebih 100% di saat genting ini. Jangan dibuai perasaan sedih pilu melampau-lampau kerana tangan yang menulis jawapan peperiksaan kelak bukan gurumu tetapi dirimu.

Lakukan yang terbaik untuk SPM 2009 setelah usaha dan ikhtiar kemudian bertawakkal lah(berdoa). Di dalam kepayahan dan kepenatan pasti ada kenikmatan dan kebahagian.

Teruskan perjuangan kerna perjuanganmu belum selesai.

(Amir Fuhaira, Salman, Mohd. Izzaldin, Muaz, Zairol Aduka,Muhd. Afif, ‘Adil, Khairul Amirin,Syahmie, Imran, Nafis, Uqbah, Muhammad Rosli,Najid, Fudhail,Ahmad Faiz)

(Nurazlina Azizi, Diana,Noorshahadah, Sarah BY,Aliyah,Insyirah,Siti ‘Atiyyah,Afiqah Shamsul, Rabiatul Adewiyah, Hamizah Hafit, Nurul Afif,Nurfariha Iman,Afiqah (Ben),Asshahidah, Fatimatul Zahra’,Aizul Azhani & Zuhairah)

Saya doakan kalian berjaya seperti apa yang dicita-citakan dan doakan juga untuk saya dalam menempuhi dunia baru yang sememangnya lagi mencabar.

3 thoughts on “Kenangan Terindah

  1. terima kasih utz !
    insyaalah 1 hari nnt ana jd pakar ekonomi sbb org islam makin krg dlm bidang ekonomi dan kebanyakannya dipelopori oleh org cina.

    MAJULAH EKONOMI UNTUK ISLAM . . . !

  2. ;( Thanks ustaz

    p/s ; kan saya dah kata jangan lupa huruf H kat hujung nama saya. dianaH lah. huu!

    kirim salam isteri ustaz dengan anak anak ustaz yang comel comel .heh

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s