Halalkah Muslim Menari Tarian India?

Wajarkah muslim menari tarian tradisional India? Tidak syak lagi, jika penari itu adalah wanita dan tarian itu adalah bertujuan untuk persembahan di khalayak ramai lelaki dan wanita, jelas dan maklum umum mengetahui hukumnya haram.

Jika lelaki?

Jika anda tidak tahu, bahawa tarian tradisional India sebenarnya mempunyai unsur-unsur dan kaitan dengan agama serta dewa-dewa yang mereka percayai. Setiap pergerakan mempunyai maksud yang tersendiri. Kalau tak percaya, baca ni.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripadanya”. Jadi, mudah sahaja sifirnya. Hukum menarikannya adalah haram, apabila ada kaitan dengan unsur pemujaan dan keagamaan dalam tarian itu.

Apakah keperluannya menari itu? Asalnya ia bersifat harus apabila tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam seperti percampuran lelaki dan wanita, matlamat benar seperti menari untuk menghiburkan suami atau isteri, dan bukannya untuk tujuan yang sia-sia.

Namun, apabila ia menjadi satu kebiasaan yang membaluti kehidupan manusia dengan hedonisme dan mampu menjauhkan manusia daripada pengabdian sebenar kepadaNya, ia bukan lagi perkara yang diharuskan di sisi syarak. Justeru, di zaman serba mencabar ini, berfikirlah sedalamnya bersendikan iman sebelum bertindak.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s