Catatan Sabtu

Sabtu itu telah berlalu. Sengaja saya mencatatnya walau kelewatan, kerana ada yang signfikan buat saya pada hari itu. Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 9 pagi dari Lembah nan Beringin. Destinasi pertama ke kedai buku kami yang terpaksa ditutup pada hari itu. Sesampai di kedai, terus saya ambil ‘apa yang dihajati’ lantas kami meneruskan perjalanan.

Hajat di hati suami nak jimatkan tol, maka kami menelusuri jalan persekutuan masuk ke Bkt Beruntung baru ke PLUS. Tapi, nampaknya kalau kami teruskan saja dengan jalan persekutuan sampai ke Rawang mungkin boleh jimat banyak benda. Perjalanan diteruskan. Maaflah, tiada gambar di sini. Bateri kamera ‘kong’..

Destinasi kedua ke DAWAMA di AU3. Tidak sukar untuk ke sana. Namun, kedai itu tutup rupanya. Terpaksalah saya atau suami pergi di waktu yang lain nanti. Di DAWAMA, niatnya nak mencari buku. OK, perjalanan diteruskan ke tempat utama, iaitu Bangi. Kenduri Chikbi, sahabat di sekolah, universiti dan kini. Semoga selamanya.

K.Bi dan Ust. Siraj bersama k.Teh dan famili. Lamanya tak jumpa K. Teh.

Fawwaz dan ‘Ulwan sudah mula protes, lamanya nak sampai. Sudah banyak tempat kita sampai nak.. Sesampai di Bangi, solat Zuhur dahulu, lalu ke dewan walimah. Ramai tetamu, sesuai dengan keluasan dewannya. K.Bi kata majlis sederhana saje.;) Alhamdulillah, mempelai berbaju kelabu menyambut kami. Tahniah K.Bi dan Ust. Siraj, moga disirami mawaddah dan rahmah dalam bahtera kalian.

Ramai juga jumpa kengkawan lama, bekas rakan di KISAS terutamanya. Ada yang masih serupa, makin muda, makin kurus dan paling lazim makin membesar, terutamanya yang lelaki. Kenapa ya? Alhamdulillah, suamiku tidak tergolong dalam kelompok itu..😉 Lebih kurang sejam menjamu selera dan ‘Ulwan sempat memecahkan sebiji gelas di majlis itu, tiba masanya untuk beredar. Semoga disirami mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga, Chikbi..

Abi kata, kita pergi ke rumah bekas pensyarahnya di UM dahulu yang kebetulan dijumpainya ketika solat Zuhur di MPI tadi. OK, terus kami ke rumah Dr tersebut yang tidak jauh dari dewan walimah Chikbi itu. Sesampainya di sana, rumah besar tersergam di kawasan tanah lot yang luas itu kami masuki. Kami dilayan penuh mesra bak tetamu kehormat. Lamalah juga di sana lebih kurang sejam, kami pun memohon pulang.

Pheww… berasap dan letih juga telinga di awal perbualan tentang Hi-O. Nak promote pada kami rupanya.. Maaflah Dr, kami sudah ada persepsi. Yang halal itu nyata, yang haram itu juga nyata. Berlalulah kami menuju jalan pulang ke Lembah Beringin.

-Hari yang sarat, penuh hikmat dan makrifat.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s