Wujudkah Masjid Di Rumah Kita?

Bila orang nak berkahwin disebut membina masjid. Kenapa tidak dikatakan membina rumah, membina hotel atau sebagainya? Dahulu-dahulu masyarakat melayu Muslim sangat sinonim dan rapat dengan masjid. Mungkin kerana itulah segala kegiatan mereka akan disandarkan kepada masjid dan Tok Imam selain daripada Ketua Kampung.

Begitulah juga penekanan yang Rasulullah s.a.w gambarkan melalui pembinaan masjid setibanya baginda ke Madinah. Meskipun zahirnya masjid itu beratapkan pelepah kurma, bertiangkan dahan tamar, namun kekuatan ruh dan semangat Islamnya menerobos ke seluruh pelusuk alam.

Bermakna, apabila sesebuah pasangan berkahwin tujuannya adalah untuk membina perhubungan bersama berlandaskan taabbud kepada Allah.  Orang ke masjid untuk apa?

1. Untuk solat berjamaah, justeru dalam rumahtangga perlu ada solat jamaah sesama ahli keluarga.

2. Untuk mencari ketenangan dengan zikir kepada Allah. Justeru, banyakkan membaca al-Quran di dalam rumah, banyakkan zikir, tasbih dan tahmid. Lazimi kalimah-kalimah toyyibah saranan Rasulullah s.a.w. Dodoikan anak-anak dengan zikrullah.

3. Mencari dan menambah ilmu. Ilmu datangnya daripada membaca. Suburkan rumahtanggamu dengan budaya membaca. Membaca bahan yang bermanfaat, bukannya bahan yang membawa mudarat. Ilmu fardhu ain dan peringatan agama perlu menjadi teras dan prioriti, di samping ilmu kelengkapan yang lain.

4. Mencari kesepakatan antara masyarakat dengan bermusyawarah. Nah, berbincanglah dan nyatakanlah segalanya bersama ahli keluarga. Kata sepakat dalam keluarga amat perlu lebih-lebih lagi antara suami dan isteri. Kata sepakat agar jelas maklamat yang dituju, dan tahu tindakan yang harus diambil. Tubuhkanlah usrah keluarga agar forum itu mampu menjadi medan musyawarah dan medan menambah ilmu buat semua ahli.

Segalanya jelas buat kita, membina masjid bukan setakat lafaz nikah yang dimeterai sahaja. Apabila ada masalah, rujukannya bukan ke arah masjid, itu cara yang salah dan bertentangan dengan falsafah itu. Ambillah dan renungilah falsafah di sebalik membina masjid itu untuk kita benar-benar membinanya. Janganlah nanti tujuannya membina masjid, tetapi isi dan bahan binaannya adalah semua yang diperlukan untuk membina pusat hiburan. Itu pertimbangan yang salah sama sekali.

 Orang dahulu, memang mendalam firasatnya.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s