Hari Ini Hari Mereka!

22 November 2009 adalah hari Sukan Mini dan Ihtifal Pasti al-Husna, Hulu Bernam. Seawal 7.30 pagi mereka berada di PASTI dengan dibawa oleh abi. Saya menyusul kemudian bersama Awfa. Fawwaz dan ‘Ulwan sangat teruja hari ini, kerana hari ini hari mereka!

Setibanya saya di PASTI jam 9 pagi, sukan telahpun bermula. Anak-anak disusun atur rapi oleh para ustazah yang penuh dedikasi. Alhamdulillah, saya sempat melihat anak-anak lelaki saya beraksi. Kumpulan mereka, iaitu rumah merah berjaya juga dalam beberapa acara. Syabas anakku!

Cuaca juga sangat indah hari ini saya kira, kerana redup dan dingin sehingga ke tengahari. Upacara penyampaian hadiah adalah yang paling mereka nanti-nantikan. “Semua orang dapat hadiah ummi, ha…”. Ayat ‘Ulwan yang sangat excited untuk dapat hadiah. Alhamdulillah juga, anakanda saya mendapat beberapa hadiah dan anugerah yang pastinya membuatkan kami bangga dan sangat bersyukur.

Terima kasih para ustazah yang membimbing anak-anak kami dengan penuh dedikasi dan amanah.

 Buat Fawwaz, pertahankan sahsiah muliamu, anakku. Itulah aset tidak ternilai hidup di dunia ini. Tajamkan mindamu terus dengan menghafaz al-Quran. Doakan ummi dan abi dapat membimbingmu memahami al-Quran dengan sebaik-baiknya.

Buat ‘Ulwan, 2 tahun lagi ‘Ulwan di PASTI. Buktikan kebijaksanaanmu, dengan peribadi dan ilmu yang tinggi anakku. Sebagaimana lahirmu istimewa, dirimu harus sentiasa menjadi istimewa.

Anak-anak permata hati, amanah Ilahi.

'Ulwan sebelum acara bermula.
Go! 'Ulwan Go! Yeeaa...menang!
Giliran Abang. Get set, ready, GO!
Kejar Abang! Kejar!
Pelajar Berpotensi 4 tahun.
Fawwaz bersama para guru. Menerima anugerah Akhlak Terbaik, Jawi dan Hafazan serta anugerah bersama yang lain.
Awfa setia menanti abang-abang..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s