Banyak Masjid Tidak Mesra Wanita

                                                                     Masjid al-Ghufran TTDI

Masjid adalah destinasi penting bagi saya sekeluarga jika kami bermusafir. Selain untuk solat dan membersihkan diri, anak-anak saya juga bisa merehatkan diri mereka di masjid. Baring-baring, guling-guling, lari-lari, itu semua aktiviti yang mampu menurunkan tekanan mereka sepanjang perjalanan.

Tapi, kebanyakan masjid saya dapati tidak mesra wanita meskipun saiznya besar tersergam nan indah. Maksud saya dengan masjid mesra wanita ini ialah kemudahan bagi wanita daripada tandas, bilik wudhu dan tempat sembahyang adalah memudahkan para wanita dan juga ibu untuk mendapatkannya. Dengan kata lain, semua kemudahan tadi berada dalam satu ruang yang tertutup dan berhampiran antara satu sama lain.

Cuba bayangkan ketibaan anda biasanya ke masjid (anda adalah seorang wanita), perkara pertama yang dicari adalah dimanakah bahagian muslimat? Selalu saya berpengalaman, perlu berjalan jauh dan tercari-cari bagai rusa masuk kampung. Lebih parah lagi kalau tiada papan tanda..

Keduanya, dimanakah pula tandas dan bilik wudhu’ wanita. Kebanyakan masjid, 2 kemudahan ini adalah agak berjauhan dengan dewan solat wanita. Terpaksalah para wanita, memakai tudung semula setelah berwudhu, ditambah dengan beg yang dibawa dan anak-anak yang mengikuti. Dalam keadaan itu, pastinya menyukarkan pergerakan seseorang wanita itu.

Alangkah baik dan cantiknya jika, apabila melangkah saja kaki masuk ke dewan solat, dia tidak perlu lagi khuatir dengan aurat dan keselamatan barang-barangnya kerana segalanya berada di ruang yang sama namun masih ada pemisahan. Contoh yang boleh saya berikan ialah Masjid al-Ghufran TTDI. Memang mesra wanita kerana memberi keselesaan dan paling penting memelihara kehormatan wanita itu sendiri.

Kalau semua masjid begini, pasti ramai lagi wanita tidak akan teragak-agak lagi untuk bersolat berjemaah di masjid dengan membawa bersama anak-anak mereka. Jadi, jika anda adalah pereka bentuk masjid ataupun AJK Masjid, prihatinlah dengan keperluan ini. Binalah masjid yang mesra wanita.

4 thoughts on “Banyak Masjid Tidak Mesra Wanita

  1. Alhamdulillah, mereka baik-baik aja. Membesar dgn cergas dan cerdas. Dan, mereka masih bertiga..😉

  2. emm tapi musolla as-saad tetap di hati🙂

    alhamdulillah so far so good. sangat banyak belajar benda baru.

    apa khabar fawwaz, ulwan dan awfa? (eh ke ada tambah lagi sekarang? =p )

  3. Betul gak tu.. pembina masjid al-Saad tu hanya ingat student je yang nak guna surau. Nova, how’s life?

  4. ustazah,
    masjid as-saad pula ada sedikit kurang mesra wanita tua..huhu

    makcik2 cleaner selalu lepak kat bawah bila diorang penat.
    mak saya fobia pegi masjid/surau kita sebab tak larat naik tangga!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s