Masya Allah! Blogku Sudah Bersawang!

Sebagaimana sebuah rumah ditinggalkan lama tanpa dihuni, begitulah yang berlaku pada blog saya ini sejak sebulan lebih yang lalu. Sunyi dan sepi, bersawang. Nasib baik tiada tikus dan kelawar yang datang duduk bertandang saja! Segalanya berlaku begini setelah bermulanya cuti yang panjang selama 7 minggu ini, dan bakal berakhir hujung minggu ini.

Memang bercuti sungguh! Bukannya tidak membuka internet sepanjang tempoh ini, bahkan setiap hari saya membukanya. Tetapi, banyak faktor juga sebenarnya. Internet yang kadangkala sangat lambat, menyebabkan mood hilang. Kesibukan diri sendiri menguruskan hal peribadi. Urusan pindah rumah, balik kampung, menjaga kedai, melayan anak-anak dan akhirnya saya tenggelam sendiri meninggalkan blog ini bersawang tidak berpenghuni. Kasihan blog! Lebih kasihan diri saya sendiri, kerana gagal ujian dalam mengendalikan satu-satunya blog ini.

Cukuplah setakat itu dahulu sebagai pemanas badan. Insya Allah, dengan kembali bekerja minggu hadapan, produktiviti akan kembali datang untuk menulis sesuatu. Benarlah pesan Nabi s.a.w, dua nikmat yang manusia selalu lalai dan lupa ialah nikmat kesihatan dan masa lapang.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s