1431H, 2010M, Segala Yang Baru DariNya.

Al_Jalalah_hati.gif image by nsa1211408

1431H, sudah masuk hari ke 28. 2010M pula hari ke 14. Mungkin agak terlambat, tetapi masih belum terlambat untuk menyatakan sesuatu tentangnya. Bagi diri saya dan suami, tahun ini penuh dengan segala permulaan yang baru. Fasa 7 tahun pertama perkahwinan kami dianugerahkan serba serbinya segar. Kedai baru (barulah tu walaupun telah 2 bulan beroperasi), justeru karier baru bagi suami saya, rumah baru bagi kami sekeluarga (dah lama beli tapi baru diduduki), dan insya Allah bagi saya juga bakal menempuh tempat kerja yang  baru.

Anak-anak juga tidak ketinggalan, Fawwaz sudah masuk darjah 1! ‘Ulwan pula kini berseorangan ke PASTI tidak sebagaimana tahun lepas, Awfa juga bakal berpindah ke nurseri baru nanti. Secara tersuratnya sebagai seorang manusia, saya menganggap ini sebagai pemberiannya Yang Maha Kaya terhadap diri yang kerdil ini. Lebih-lebih lagi setelah 7 tahun saya dan suami hidup bersama. Bukannya menganggap tuah atau nasib baik pada angka 7 itu, tetapi angka ganjil kan disukai Allah..

Secara tersiratnya, apabila lahiriahnya baru, yang paling penting untuk turut baru agar lahiriah yang baru itu akan terus-terusan baru dan berkembang baik adalah hati dan jiwa! Semangat jihad harus baru. Di samping niat dan matlamat yang ditetapkan juga harus dikemaskini. Semangat jihad tidak mungkin dapat baru, jika taqwa diri ini kepadaNya di takuk lama. Justeru, peningkatan taqwa atas rasa syukur dengan segala nikmatnya wajar didahulukan sebelum perkara yang lain.

Qiamullail perlu lebih selalu, bukan sekali sekala tika subuh hampir menjelma. Bersendirian dengan Allah sajalah, yang mampu meningkatkan taqwa kita agar segala azam dan matlamat yang ditentukan dapat dicapai. Segalanya bukan mustahil jika ada usaha dan perancangan yang teliti serta kesungguhan. Bukankah di awal-awal wahyu Nabi s.a.w diperintahkan oleh Allah agar bangun malam(surah al-Muzzammil)? Agar terbit kekuatan dalam diri baginda untuk berhadapan dengan dugaan, cabaran dan nikmat yang bakal ditempuh? Jalan yang sama juga bagi saya, dan anda semua perlu tempuh agar azam dan semangat berterusan. Tidak hangat-hangat tahi ayam saja. Tiada remedi rahsia yang lain. Percayalah..

Berseorangan dengan Allah itulah sumber kekuatan diri kita, manusia yang lemah.

3 thoughts on “1431H, 2010M, Segala Yang Baru DariNya.

  1. Tilmiz, skrg ni masih di kolej, masih berbaki 2 minggu lagi. 1 Feb ’10 ke UPSI. Rumah plak di Tmn Bernam Jaya, sebelah je dengan tol Tg. malim. Anytime boleh singgah.. sampai sekarang tak tau Tilmiz ni sape😉

    Hafizah, ukhuwwah fillah abadan abada. Insya Allah.

  2. eh, ustazah dh megajar kt tempat lain, dekat mana tu? bukan dkt ky lg..? dah lama dah ke stop mngajar kt ky?

    rumah baru pulak dkt mana? kt luar kolej eh, yg dekat rumah2 lembah beringin tu ke..

  3. saam ustazah,

    biarpun tustazah tidak akan mengajar di kolej lagi harapnya ukhwah akan terus terlakar..oh rindu nya..

    Kata2 TGNA- org yang tidak bangun solat malam adalah pejuang parti tp bukan pejuang Allah..
    -eica sheffield-

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s