Bila Anakku Berbicara..

Situasi 1. (di dalam kereta sekembali dari sekolah pagi)

“Ummi, minggu depan 14hb hari jadi cikgu kelas abang. Cikgu suruh bagi hadiah..”. “ye ke cikgu suruh bagi hadiah?” “yaa…”. “Habis tu abang nak bagi apa?”. Saya menduga. “Abang nak bagi pasu ke, ataupun bunga ros ye?”. langsung saya tergelak mendengar ideanya. Bukan memperkecil, tapi menduga fikirannya.

“Abang nak bagi pasu bunga besar macam kat rumah kita tu ke?” “Eh, bukan..yang kecil sikit je..” Dalam hati saya, oh..untuk letak bunga ros lah tu. Sambil ketawa kecil. “kalau abang bagi bunga ros, maksudnya abang sayang pada cikgu. Bunga ros tanda I LUV U…” Ketawa lagi.

Situasi 2. (di dalam bilik air)

“Ummi, nak tau tak ummi, tadi waktu ‘Ulwan pasang shower pastu ‘Ulwan pasang air paip pulak, tiba-tiba air shower tu berhenti sendiri…” Ummi gelak lagi sekali setelah gelak pada kata-kata abang di dalam kereta tadi. “jadi, apa kesimpulannya Wan?” Saya menduga ‘Ulwan pula.

“Maksudnya, kalau buka shower pastu buka paip, shower mati sendirilah!” Lagi Ummi terkekek-kekek ketawa. Lawak yang benar! “‘Ha, Wan tanya Abi apa kesimpulannya..”. Saya serahkan pada Abi yang kebetulan nak masuk bilik air.

“Kesimpulannya, jangan membazir air….!” kata Abi. Dalam hati saya, pulak dah Abi ni..!

Situasi 3 (Di subuh hari, tika mengejutkan abang-abang untuk mandi)

Awfa pun bangun sekali. Dia yang paling awal, walaupun tidak dikejutkan!

Bangun bangun je Awfa kata, “Ummi, nak mandi?” sambil cuba membuka mata yang sembap itu. Saya tidak menjawab, tapi senyum sendiri. Alahai..comelnya.. Tanpa disuruh, Awfa bingkas menuju kepada ‘Ulwandan Fawwaz yang masih liat nak bangun.

“Abang Wan, mangun, mandi.” “Abang Awasy, mangun, mandi”.

😉

5 thoughts on “Bila Anakku Berbicara..

  1. huhu..comel la anak2 ustazah ni..haih

    kesimpulannye dr cite ni, dah semakin membesar dah dorg ni. buktinye pemikiran2 dorg ni lah.

    bunga ros tanda i luv u..huhu, comel.

    rindu ulwan ♥ ♥!

  2. he he.. kesimpulannya, anak-anak punya idea dan pemikiran mereka yg tersendiri. jangan perkecilkan kemampuan mereka..

    kesimpulan ‘ulwan dan air paip tu, nak katanya, sesuatu yang lebih teknikal. SALURAN YANG MENGHUBUNGKAN SHOWER DAN PAIP ITU ADALAH SAMA/BERSAMBUNG…

    LILI ni, Lili Tai ya? adikieca? apa kabar kalian?

  3. salam ustazah..

    alahai, rindunya kat anak2 ustazah especially Fawwaz..moga sume sihat2 dan jadi soleh solehah =)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s